"Abang
ni, pakai tu elok-elok la sikit. Bukan selalu pun kita balik kampung. Nanti
mesti mak Eira kata Eira tak reti jaga suami..." kata Masirah sambil
memuncungkan lagi bibir yang dah sedia muncung.
Adam sekadar mencebikkan bibir sambil menjelirkan lidah tanda mencari pasal dengan
isteri tersayang.
Masirah memiat lembut telinga Adam sambil membetulkan pakaian Adam yang serabai...
Adam
tersenyum memandang isterinya.
Masirah
tersenyum manja… Adam geram melihat senyuman itu lantas memaut pinggang isterinya
itu… Mengikik Masirah kegelian akibat pautan Adam tersebut.
"Cantik
isteri abang hari ni." Adam mencubit pipi Masirah lembut.
Pipi Masirah yang kemerahan akibat disakat menyerlahkan lagi kecantikannya apabila diusik begitu.
"Ayah,
ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak
sabar-sabar nak pulang ke kampung.
"Yelah,
yelah, ayah dah siap ni. Suruh mak cepat sikit, tak yah nak sibuk-sibuk make-up
beria…" ujar Adam kepada Farah dan Adi..
Masirah
hanya tersenyum melihatkan kerenah suaminya itu melayan kaletah anak-anak
mereka yang comel dan manja.
Farah
yang baru masuk tadika itu begitu ligat ditambah pula gelagat Adi yang kini darjah 1 yang begitu gemar
mengusik adiknya itu menambah lagi keriuhan di pagi hari yang tenang….
"Abang,
dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?" Ujar Masirah.
"Iyelah,
maklumlah abang ni sibuk dengan kerja yang menimbun kat ofis tu. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang. Lagipun sebelum ni bila abang cuti, Eira
ada kerje" Adam berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan
daripada KL ke Mambang Di Awan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Farah dan Adi
yang tadinya kecoh dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Masirah. Tersenyum Adam sendirian melihat gaya isterinya tidur…
"Tak
sabar rasanya nak sampai kat kampung," Adam berkata dalam hati.
Sedikit
demi sedikit Adam menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin
laju dan Adam semakin seronok. Khairi dah tak sabar untuk segera sampai ke kampung
isterinya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civic silvernya mula memecut
meredah highway dengan megahnya.
Adam cilok kiri, cilok kanan, nasib baik tak boleh nak cilok depan dan belakang,
kalau tak habis semua dicilok… Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Adam masa tu.
“Baru
korang semua tahu siapa aku. Ini jaguh pecut kat kampung dulu..Sekadar 2ookmph
tu dah muak aku bawak, takde feel langsung” bisik Adam dalam hatinya..
Terlupa
dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh
abang, kenapa bawa laju sangat ni? Bukan lari pun kampung Eira tu" sapa Masirah yang tiba-tiba terjaga dari tidurnya.
"Tak
ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar
bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Eira takut.
Elok-elok kita sampai tiga jam nanti terus tak sampai" Masirah cuba
memujuk Adam supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileksla
Eira...tak ada apa-apa. Setakat 160kmph apelah sangat kan sayang???hehehe" Adam terus
memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was mengalahkan gaya pelumba A1 mahupun F1 lagaknya...
"Haaa..kan, tengok. Tak ada
apa-apa kan?
Kalau Fernando Alonso atau Schumacer tu race ngan abang, confirm kene tinggal
jauh. Makan asap je la diorang!! " kata Adam sambil tersengih setelah berjaya memotong bas
ekspres tadi.
"Sudah
la tu bang." Rayu Masirah agar Adam memperlahankan pemanduannya…
"Ha...
tu ada satu lagi bas ekspres, Eira tengok abang potong dia aaa...."
Adam terus masuk gear 5, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Adam
terus membelok ke kiri untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori
balak yang besar dan gagah tapi rosak ditepi jalan dan….....lebih malang lagi, betl-betul
dibelakng keretanya ialah sebuah lori ayam yang juga laju mengikut kereta yang
dipandu Adam….tiba-tiba….
BANG!!
"Adam....bangun Adam." sayup-sayup terdengar suara emaknya. Adam membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ, puas dia mencari namun masih tidak kelihatan kelibat
isterinya….
"Mana
Eira mak? Macam mana dengan Eira mak? Farah? Adi???....mana anak-anak saya mak???
Kenapa diorang takde kat sini??kenapa saya boleh ada kat rumah emak sedangkan
tadi saya nak pegi rumah bapak mertua saya?? " Bertubi-tubi Adam menyoal
emaknya….namun emaknya masih tergamam membisu seribu bahasa….
Adam tak dapat menahan kesedihannya lagi. Adam menangis semahu-mahunya di depan
emaknya. Emaknya memandang Adam tepat-tepat dengan perasaan terkesima...
“Dah kene sampuk ke ape anak aku yang sorang ni?” gumam emaknya sendirian..
"Macam mana
dengan isteri saya mak? Mana Masirah?" ujar Adam yang masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Adam yang serabut itu berpinar ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Adam
terdiam. Kenapa emaknya bertindak sebegitu?
“Dah
tak kesian ke emak kat aku?”soal Adam di dalam hati…
"Banyak
la engkau punya isteri! Belajar tak habis lagi ada hati nak berbini. Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun, pegi sembahyang asar, dah nak
maghrib pun!" emaknya yang geram terus merungut sambil berlalu keluar......
Dan Adam pun tersengih keseorangan umpama katak tertelan lumpur...Rasa macam nak
masuk je dalam tin biskut tu….tak pun kalau dapat sorok kepala dalam tanah
macam burung unta pun ok!! Malunya aku…….
|
Sumber gambar: Disini |
............................................................................................................................................................
moral
Of The Story :
·
Pandulah dengan berhati-hati walaupun
dalam mimpi!!!
·
Nak berangan pun patut2 la…
·
Jangan tido lewat petang sebab nanti
mamai…
·
Belajarlah menghargai insan yang
tersayang…
·
Last but not least…kawin la cepat..xyah
nak berangan ngarut2 lagi kalau rasa ada kemampuan…