Dalam agamaku, setiap hari adalah hari kekasih bagi yang halal....Buat pasangan suami isteri, setiap hari perlu dirai sebagai hari kekasih, tidak perlu melihat dengan perspektif Barat yang meraikan 14 Februari setiap tahun sebagai hari kekasih....Cukup coretan sebentar berkenaan hari kekasih...
Tujuan coretan kali ini lebih kepada kasih sayang dari insan yang bergelar ibu dan bapa...Dimana, sebagai anak, adalah biasa bagi kita untuk mengabaikan atau apa yang dikata "TAKE IT FOR GRANTED"... Jarang kita mensyukuri nikmat kasih sayang kedua orang tua kita....Saat kita tersedar pentingnya kasih sayang mereka, mungkin disaat itu segalanya sudah terlalu lewat buat kita untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka.... Disaat kehilangan, baru kita sedar betapa bermaknanya kehadiran mereka....
Dalam keadaan biasa, kita hanya akan menyedari betapa tinggi kasih sayang mereka tatkala kita sendiri bergelar ibu atau bapa.... Disaat itu baru kita dapat menyelami perasaan ibu dan bapa kita.... Kasih tak terlafaz, bukan bererti mereka tidak kasihkan kita....Malah adalah kebiasaan buat ibu dan bapa, hatta anaknya tadi telah bergelar ibu atau bapa sekalipun, melihat anak-anak tadi sebagai anak yang masih perlukan belaian, perhatian sama seperti mana masa kecil kita... Dimata mereka, kita tetap anak kecil mereka...Mereka tidak pernah menganggap kita sebagai dewasa...
Situasi yang sering aku alami...Abah akan sibuk menyuruh aku call setiap kali sampai destinasi.... Bertambah seriau lagi kalau anak yang sorangni tak call, pastu depan rumah tu bertalu-talu plak ambulan lalu... Mau nak gugur jantung orang tua tu... mengenangkan anaknya berulang alik naik moto KRISS100 dari Sungai Besar ke Alor Gajah hampir setiap minggu pun dia tak lena tidur....Sedang anaknya langsung tak kisah kan semua itu...pada aku, kalau tiada kepentingan memang aku tak call....Namun kepentingan bapa dan anak itu berbeza.... Anak hanya risaukan dirinya sedang ayahnya tadi risaukan anaknya.... Cukup sekadar satu lafaz "Saya dah sampai"..Itu pun dah sangat memuaskan hai tuanya....Jujur, pernah terdetik dihati ingin melakukan sesuatu yang baharu seperti mencari peluang kerjaya diseberang laut ...(bukan jauh mana, Sabah @ Sarawak jek....hehehe) namun kerana sifat kasih sayang orang tuaku, mereka melarang...Nampak seperti dikongkong, hakikatnya mereka risau, andai terlalu jauh dan aku ditimpa sebarang kesulitan, bagaimana cara mereka untuk menghulur bantuan..... Selain risau andai aku tak dapat melihat mereka diakhir sisa-sisa usia.... Sesungguhnya, jarak antara pembatas yang sangat diambil berat oleh ibu dan bapaku.... Dan kerana itu, aku amat berharap untuk mampu kembali ke kampung halaman ku berkongsi sedikit ilmu yang berjaya kuperolehi lantaran perjalanan jauhku sehingga kini disamping membina kerjaya disana....
Setiap apa yang aku lakukan seeloknya dirujuk kepada mereka untuk "approval"... Walau pernah rasa rimas dihati kerana tidak menyedari itu cara atau "approaches" yang mereka gunakan untuk menzahirkan sayang... Sungguh terlalu besar pengorbanan mereka... Disaat aku bakal memiliki diri sendiri ini pun, mereka masih menganggap aku sebagai seorang anak yang tak berdaya tanpa mereka....
Kerisauan mereka untuk kesejahteraan aku langsung tak pernah luntur.... Malah terkadang serasa seolah mereka lebih mementingkan aku sambil menghiraukan kepentingan mereka sendiri.... Dan aku tetap aku... Kadangkala gemar melawan.... Kerap kali terkasar bahasa... Terasa seronok mengingkari arahan dan permintaan.... Acapkali mengecewakan harapan yang diberikan... Sedang mereka memberikan kasih sayang tak berbelah bahagi kepada anak-anaknya.... Pernah rasa cemburu kerana terasa ada dikalangan adik beradikku mendapat perhatian yang lebih berbanding aku.... Walau aku sedari bahawa segala pemikiran burukku tiada asasnya.... Namun tak mampu aku tolak ketepi perasaan negatif dari terus menyelubungi diri... Sungguh jauh aku dari bergelar anak yang soleh buat orang tuaku...
Buat pembaca, kita adalah anak kepada ibu bapa kita, walau betapa besar sekalipun silap mereka, mereka tetap orang yang menyebabkan kita terlahir kedunia.... Kerana kita lahir di dunia, maka mampu kita mengecap apa yang kita kecapi kini.... Jangan sekali merasa bongkak hanya kerana pencapaian kita... Mungkin ibu bapa kita sekadar tamat sekolah rendah, atau langsung tidak bersekolah... Mungkin kita diabaikan.... Namun bersyukurlah kerana mereka, setidaknya kita mempu menjejak kaki kedunia... Sedetik masa berlalu, setapak kaki melangkah, berjuta pengalaman kita perolehi.... Tundukkan diri mendoakan kesejahteraan mereka....
Semoga mampu kita zahirkan kasih sayang kita buat mereka dikesempatan yang masih diberi... Semoga dapat kita menabur bakti buat mereka... Kerana aku yakin, redha ALLAH itu letaknya pada redha orang tua... Dan redha mereka membantu kita untuk meneruskan kembara di maya fana ini.... Semoga bersama, kita dapat menikmati indah hidup yang sementara....
source: http://cj.my/files/2010/04/parent-child-hands.jpg |
like! makes me realize about my parents' love even though i always talk back at them. Hurm.. Just noe my dad wished me Happy Valentine's Day~ <3 him!
BalasPadamit's the same with me bec....kita selalu lupa pada nikmat yang begitu berharga...kita akan sedar disaat kita kehilangan....so selagi mereka masih bernyawa, lafazkanlah kasih, tunjukkan lah sayang kita pada mereka....jangan saat mereka diusung pergi baru kita nak sedar betapa berharganya mereka....
BalasPadambtol3..agreed! plus, my dad is getting older now. he's gonna retired this year. i wud never realized he's getting older if it's not bcoz of his retirement. huhu.
BalasPadamnot only ur dad is getting older...we are ourselves getting older....its just that we always ignore the precious gift Allah ever gives us which is the gift of living.....every step we take, make us a moment older than before.....
BalasPadamsetuju!mak ayah kiter dah makan garam dlu sebelum kite.ada kala nya mereka t'lalu mengambil berat hingga kite rase t'kongkong walapun bkn niat mereka begitu.mgkn mereka x mahu kite ulangi kesilapan mereka...tp pe yg pasti,mereka lakukn semua tu utk kebaikn kite.
BalasPadamsebab asik makan garam tu la diorg sakit darah tinggi....kekekeke
BalasPadam