Rabu, 2 Mac 2011

Semakin tinggi belajar...

Sedarkah kita bahawa semakin lama kita menuntut ilmu, seharusnya menyedarkan kita bahawa semakin banyak perkara yang sebenarnya kita tak ketahui??? Sebagai contoh, aku sendiri masih bergelar seorang pelajar.... Satu ketika dahulu aku menganggap bahawa pengajian bahasa bukan sesusah mana.... Namun, hari berganti hari, tahun berganti tahun, masih terdapat banyak lagi ilmu berkaitan pengajian bahasa yang sebenarnya tak aku kuasai..... Malah masih terdapat lagi teori-teori atau asas-asas dalam pengajian bahasa itu sendiri yang tak dapat aku fahami, malah langsung tak pernah ku dengari....

Semakin kita cuba mendalami suatu ilmu, maka semakin terdedahlah kita kepada salah tanggapan kita tadi... Iaitu, semakin lama, kita akan dapat melihat masih terlalu banyak untuk kita selami.... Teori pembelajaran bahasa kedua berjaya menarik minatku.... Namun adakah itu bermaksud aku semakin memahaminya??? Corak dan trend pembelajaran sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa... Andai satu keika dahulu, kita belajar melalui guru, namun kini anak-anak kita terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh menjadi sumber ilmu.... Malah terdapat lambakan sumber yang boleh menjadi pilihan....

Sedang kini, aku semakin kehilangan minat meneruskan pengajian.... Aku memerlukan semangat serta dorongan untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu..... Dan perjuangan yang paling utama ialah perjuangan dengan gelodak nafsu sendiri yang mendorong aku ke arah yang negatif...... Semoga mampu aku tamatkan apa yang telah aku mulakan dengan jayanya...... Dan terima kasih buat pembaca kerana sudi singgah membaca tulisan merepek tanpa tujuan begini....
source: http://alsgoesgreen.files.wordpress.com/2010/02/j0439527.jpg

SALAM.....

3 ulasan:

  1. haha. nais la kerie. ko dh sampai stage aku. tgh malas nk abes kn master. aku penah sampai pikir nk quit kot. hahaha. let's see how u handle it!!

    BalasPadam
  2. jgn cepat putus asa...cikit je lg..

    BalasPadam
  3. xputus asa kot...cume mungkin akan perlukan masa nak siapkan research.....tgk mcm mane k...

    BalasPadam