Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Source: http://topuspost.com/wp-content/uploads/2011/05/TeacherAppreciation.jpg |
p/s-Sekadar sebuah perkongsian kerana ramai dikalangan temanku mempunyai kerjaya sebagai guru... Dan isteriku juga kini merupakan seorang guru... Aku sedari bahawa aku takkan berada di tempat ini tanpa guru-guruku yang telah banyak membimbing ku.... Aku sedar bahawa aku bukanlah dikalangan anak murid yang sering diberi harapan, apatah lagi mampu menjadi kebanggaan... Namun, tanpa perkongsian ilmu kalian, mungkin bukan disini tempatku... Sungguh aku hargai setiap kudrat dan keringat yang telah kalian curahkan untuk diriku walau mungkin tak terlafaz oleh kata-kata, namun pertemuan dengan kalian banyak mengajarku erti hidup...buat para pensyarahku di UTM dan UPM, kalian telah banyak mengajara aku untuk meneroka kebolehan dan keupayaan diri... Semoga semua guru-guruku dapat meneruskan khidmat mendidik anak bangsa dan andai ada yang telah kembali pada DIA, moga roh mereka dirahmati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan