Bersyukur pada YANG ESA,
Kerana menciptakan satu rasa bernama cinta,
Moga ikatan kasih kita berdua,
Mampu menyubur cinta kita pada DIA..
Moga ikatan kasih kita berdua,
Mampu menyubur cinta kita pada DIA..
Semoga tautan kasih ini,
Akan terus mekar bersemi,
Mewangi mewarnai taman hati,
Kekal teguh ke syurga abadi,
Dirimu peneman ketika duka,
Disaat ke bersedih engkaulah penglipur lara,
Sentiasa diri didalam rahmat kasih-Nya,
Walau jauh jarak yang memisahkan kita...
Duhai isteriku yang tercinta,
Andai ada kekurangan pada diri ini,
Kau lindungilah ia dengan kelebihanmu,
Andai ada keterlanjuranku dimatamu,
Nasihatilah aku dengan hikmahmu,
Kerana aku memerlukan kehadiranmu,
Sebagai pelengkap diriku,
Juga sebagai pelengkap agamaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan