Selasa, 22 Mei 2012

First Anniversary

Update blog kali ni sekadar berkongsi hasil karya sempena ulang tahun pertama perkahwinan. Sebenarnya dah agak lama tak sentuh photoshop so banyak benda dah lupa. Maka jadilah hasil yang tak seberapa yang di gubah bersama satu puisi khusus buat isteri tercinta. Mungkin ada yang baca dan kemudian berkata, "so lame, tunjuk-tunjuk cinta dikhalayak ramai." Namun, bersandar pada pemikiran yang serba kekurangan ini, setidaknya kami halal bagi meluah rasa, menyulam cinta. Sekadar dedikasi puisi, bukanlah rasanya satu tindakan yang melampaui norma-norma masyarakat apatah lagi melanggar batas-batas agama.



Bersempena kehadiran bulan Rejab yang memberi petanda kepada kita (muslimin) untuk bersedia menyambut pesta ibadat dalam lebih kurang dua bulan lagi, disertakan doa yang digalakkan kita ucapkan seusai solat. Semoga dapat kita bertemu dengan Ramadhan 1433 Hijrah nanti... Sekadar perkongsian...

sumber:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggvxv-1FgwC6_utyWSzt06IVdz21d6Jb_du6HQ1LBLWqpB89wqclVLSgTvbO95E7uG3YEcqG0yPOCZlI89_WaHKxQlwcPy6NZeGSi-qxtAkR6NmGEWfWTcQOW7CQXAmCXQisHR1eXrbmE/s1600/doa+rejab.JPG


Andai ada pengunjung yang tak suka, maaf jua dipinta....

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    Tahniah kerana telah berjaya menyambut ulang tahun yg pertama bergelar suami isteri.moga Allah memberkati hubungan yg terjalin ini...
    Jika niat suci ikhlas,insyaAllah kebaikan yg akan dtg.moga dgn curahan cinta yg ditonjolkan akn meningkatkan rasa cinta itu dr hari ke hari...

    Apalah ertinya kesenangan tanpa kesusahan, apalah ertinya kebahagiaan tanpa kesengsaraan,
    apalah ertinya cinta tanpa ujian,
    apalah ertinya ilmu tanpa amal,
    apalah ertinya kehidupan tanpa iman dan islam...
    ISLAM IS THE WAY OF LIFE =)

    *Terubat rindu rasanya melihat karya yg dihasilkn...dah lame menunggu sentuhan seperti ini...
    terima kasih =)

    BalasPadam