"Perjalanan ini takkan terhenti selagi jasad masih bernyawa. Maka manfaatkanlah segenap masa yang masih bersisa..." |
Sedarlah diri bahawa Yang Esa yang masih lagi memberikan peluang untuk memperbaiki diri... Silam yang kelam itu mengajarku untuk bangun... Kerana dihadir teman-teman disekeliling mengajar dan mengajak aku untuk bangkit... Serta keluarga yang tak pernah henti memberi sokongan dan peluang... Dihadirkan insan-insan yang mengingatkan diri bahawa hidup ini sementara... Mencari bekal untuk menghadapi kehidupan "disana"... Kerana sekadar amal soleh, takkan mampu membayar hatta harga sebelah mata... Maka bagaimana mungkin untuk mengharap pada syurga Yang Esa? Tak lain tak bukan dengan berusaha mencari redha...Namun nafsu masih terus menggoda... Mungkin kerana banyaknya titik hitam yang telah menenggelami hati... hingga sukar untuk ku terus istiqamah dalam perjuangan ku...
"Hidup ini satu perjuangan dan perjalanan dalam mencari redha. Jangan berhenti kerana andai kita berhenti berusaha, maka akan jadi terlalu sukar untuk mengekang hasutan dan fitnah dunia"... Masih terngiang lagi pesanan padat dari seorang ustaz yang ku hormati kerana santun bicara ketika memberiku nasihat... Yang paling berbekas dihati adalah apabila ustaz tersebut berkata, "salah satu tanda Allah menginginkan kebaikan buat kita adalah dihadirkan insan-insan yang mengajak pada kebaikan dalam hidup kita... Insan-insan yang akan menegur bila kita tersilap, yang akan mengingatkan tatala kita terlupa, dan ada hikmah dibalik tutur kata yang dilafaz... Jangan pandang pada siapa yang berkata-kata... Mungkin orang itu anak kita, atau mungkin latar belakangnya lebih rendah dari kita, namun yang lebih utama adalah memahami dan mengambil pengajaran pada nukilan kata-katanya..."
Sesungguhnya, kata-kata ustaz tadi umpama batu yag dilontar tepat ke kepala ku... Bait-bait yang tersusun lembut, nyata menyentak egoku yang sering kali merasa aku sudah cukup hebat berbanding yang lain... Latar belakang pendidikan ku lebih hebat berbanding yang menegurku... Hebat rupanya insan-insan disekelilingku... Menegur dengan hikmah walau kadangkala pernah juga aku dicaci maki... Namun itu mungkin kerana aku juga sering mecaci maki mereka yang lain...
Sebenarnya ada banyak lagi yang ingin dikongsi, termasuk juga pengalaman sepanjang hampir dua minggu di al-Haramain.... Namun kerana ketandusan idea, maka mungkin pada entry lain pula....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan