Selasa, 10 Julai 2012

Isteri


Isteri...
dia juga penenang hati...
peneman dikala sepi...
penegur dikala lupa...
pendamai sewaktu gundah gulana...

Kehadirannya pelengkap diri...
Kehilangan menghadir lompong pada hati...
Gelak tawa dan senda guraunya mencuit hati...
Sendu dan tangisnya meruntun emosi...
Marah dan tegurannya terkadang menguis ego di hati...

Isteri...
Hadirnya tanda kasih sayang Ilahi...
Tahu bahawa kita tak mampu bersendiri...
Sentiasa memerlukan peneman disisi...
sumber gambar di sini

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Tak mudah menjadi suami,
maka memerlukan isteri yang memahami...
Ku yakin dia yang terbaik buatku...
Kerana Allah itu Maha Tahu yang terbaik untukku...
Dan akan ku cuba menjadi yang terbaik buat dirinya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan