aku kahwin lebih dahulu, maka pengalaman aku ditanya.
Sahabat: Susah tak masa akad? Kadi banyak soal tak?
Aku: Apa yang susahnya nak akad nikah? Takut mengadap tok kadi?
Sahabat: Bukan macam tu, tapi kan ada kawan-kawan cerita kene interview la sebelum nikah. Ada soalan bocor?
Aku: Sebenarnya, apa yang ko risau sangat ni bro?
Sahabat: Aku ni darah gemuruh. So takut nanti lain ditanya, lain pulak yang aku jawab.
Aku: Berdasarkan pengalaman aku, akad nikah tak lah susah, yang berat sebenarnye pengertian disebalik akad tu.... Dengan satu lafaz tadi, wanita yang ko cintai (kalau kene kawin paksa pun, isteri ko gak pas akad nanti so kene cintai okeh...) akan jadi isteri ko. Lepas tu, dia akan jadi amanah yang ko bertanggungjawab sepenuhnya di akhirat nanti. Ko nak kata jadi suami susah? Nak jadi suami pun tak susah, sekadar perlukan satu akad je...Tapi yang lebih susah memahami dan mendalami erti tanggungjawab sebagai suami... Aku ni walaupun dah setahun lebih sikit kahwin pun masih belajar lagi na jadi suami yang baik. Dengan aku boleh kata yang aku masih dalam proses mengenali isteri aku lagi sekarang ni.
Sahabat: Bukan ko dah lama kenal sebelum kahwin ke?
Aku: Kenal sebagai teman dengan kenal sebagai teman hidup tu ada beza. Dulu ko tak boleh tengok aurat dia, skang antara korang dah takde aurat. Dulu macam-macam bende tak boleh, sekarang ko buat apa pun berdua (take note: selagi tak langgar batas) berpahala.
Sahabat: Aku rasa macam tak sedia lagi ni sebenarnya.
Aku: Kalau dah macam tu kenapa nak kahwin?
Sahabat: Habis semua kawan-kawan dah kahwin, takkan aku nak membujang kot?
Aku: Sebab ko kahwin pun dah macam ada something wrong dah ni.
Sahabat: Tak boleh macam tu ke?
Aku: Cuba ko bayangkan korang ada masalah nanti, adakah nanti ko nak jawab "Saya kahwin ni ikut-ikutan je. Saya tak bersedia lagi sebenarnya."
Sahabat: Tak lah sampai macam tu. Erm, tapi, masa ko kahwin adakah ko rasa ko dah bersedia sepenuhnya?
Aku: Pergh, ini macam interview session dengan tok kadi dah ni. hahahaha. Okeh, meh sini aku jawab soalan ko. Ilmu rumahtangga ni luas, betul?
Sahabat: Betul. Jadi?
Aku: Ko rasa ko akan dapat hadam semuanya ke? Lepas tu, adakah ko rasa apa yang ko baca atau dengar masa ceramah kekeluargaan akan valid dengan situasi ko dan isteri?
Sahabat: Bukan semua boleh pakai kot. Sebab manusia tu lain-lain.
Aku: Ha, pandai pun ko.
Sahabat: Aku memang pandai, kalau tak pandai takkan aku mampu habiskan Degree dengan Second-class-upper kot?hahahahaha
Aku: Dah, dah... Ni cite pasal kahwin kan? Meh aku sambung. Bagi ak hidup ni satu proses kita belajar. Sama macam kahwin ni gak. Dari masa ke semasa kita belajar untuk jadi suami yang lebih baik. Maka, ko kahwin je dulu, yang penting asas ilmu agama dah ada, persedian fizikal, mental, material pun ada sedikit sebanyak. InsyaAllah, ok jek. Tapi satu perkara yang aku belajar, kalau sebelum kawin ko boleh buat keputusan ikut suka ko, lepas kahwin kene fikirkan isteri sekali. Kadang-kadang yang kita fikir terbaik untuk kita dan isteri, rupanya bagi isteri kita tak cukup baik. So pandai-pandailah.
Sahabat: Pergh, panjang lebar.
Aku: nak sangat tanya, padan muka.
Sahabat: masalahnya banyak sangat info ni. Menyesal plak aku tak record. Silap-silap aku boleh upload kat Youtube ni. hahahaha
Aku: Sengal ko. Kalau ko publish pastu dapat royalti ko tak share ngan aku, memang aku tak ngaku ko kawan aku. hahahahaha. Apapun sebenarnya, jangan malu nak kongsi dengan pasangan. Dia dah jadi sebahagian hidup ko lepas kahwin.
Sahabat: InsyaAllah. Aku banyak lagi kene menuntut ni, tapi apa yang dah di rancang akan tetap diteruskan. Weh, ni aku nak bagi kad jemputan ni sebenarnye. Ko 'WAJIB' datang tau. Bawak sekali Madihah. Lama dah aku tak jumpa dia. Cute macam dulu lagi tak?
Aku: Isteri aku, mestilah cute sentiasa. hahahaha
Sahabat: Bakal isteri aku lagi cute la tapinya. hahahaha
Aku: dah sudah. Kalau nak berbalah pasal benda macam ni memang takde sape nak mengalah punya. Maka pada aku isteri aku paling cute, pada ko bakal isteri ko paling cute. okeh?
Sahabat: hahaha. Sejak bila pandai mengalah? Lepas kahwin kene control ke?
Aku: Belajar jangan bertelagah pada benda tak penting. Takut membarah nanti. Tu ko kene belajar gak. hahaha
Sahabat: Okeh la bro, dah lewat ni. Esok kerja lagi, nak buat persiapan material macam ko cakap tadi. Ada masa nak lepak-lepak, roger-roger la. Tau la dah kahwin, tapi jangan senyap je. Harap je rumah ko dengan aku dekat, tapi na jumpa setahun sekali pun azab. hahaha
Aku: okeh-okeh. Ada masa jumpa lagi. Wassalam...
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar, di sini. |
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat atau hujung tahun nanti, aku ucapkan SELAMAT MELANGKAH KE ALAM BARU. Ingatlah bahawa "perkahwinan hanyalah permulaan kepada percintaan yang indah dan bermakna". Bukan bermaksud hanya yang indah je yang ada dalam perkahwinan, tapi ada banyak lagi perkara untuk diteroka dalam hubungan yang mana ianya jadi halal hanya setelah berkahwin.
Bagi yang bakal menjemput, kalau berkesempatan, akan aku jengah juga. Tapi kalau jadual clash, maaf lah ye. Aku tak mampu kerat badan jadi dua atau tiga untuk memenuhi semua jemputan kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan