Isnin, 29 November 2010

CITA-CITA & CINTA

cita2 dan cinta..
keduanya pendorong dalam kehidupan,
cita2 menentu landasan yang menjadi pilihan,
sedang cinta membantu menuju cita,
walau saling berkait,
namun tetap keduanya berbeza,
bergantung pada tafsiran insan tentang apa itu cita dan cinta,

cita2 dan cinta,
kerananya lah aku masih teruskan perjuangan,
tabahkan hati walau payah,
redhakan diri walau susah,
kerana hidup tak pernah mudah,
kerana hidup memang payah,
kerana hidup ini suatu ujian,
walau berjaya, jangan megah,
walau tersungkur jangan terus rebah,
mara menuju cita2 dan cinta,
moga akhir perjalanan nanti,
mampu ku gamit cinta yang satu...
moga mampu ku kecap cita2 dan cinta...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan