Selasa, 9 November 2010

Mencari Sinar


Sedang diri mencari sinar
Ku temui ramai dalam pencarian
Mencari hala tuju dan haluan
Membantu dalam dibantu
Memimpin dalam dipimpin
Mengajar dalam diajar
Berkongsi segala yang mampu dikongsi
Kerana fitrah insan begini
Tak pernah rela bersendiri
Selalu ingin ada insan lain disisi
Berteman dengan yang sudi
Menjalin ukhuwah di perjalanan
Moga dengan sedikit huluran yang diberi
Mampu memberikan seuntai senyuman
Menghadirkan secebis keceriaan
Mencipta memori indah berteman
Walau mungkin sejenak cuma
Cukup untuk menyubur hati yang sayu
Mengubat luka dan sendu
Akibat dugaan yang datang bertalu
Dalam samar suram cahaya
Menempuhi halangan dan ranjau yang tercipta
Dalam sebuah perjalanan yang sementara
Mengumpul bekalan menuju tujuanku...
Yang kuharap hanya redha
Agar tak tersia tindakan ku
Moga tak terpesong haluanku
Kekal dan tetap mencari YANG SATU
Kerana DIA tempat mengadu
Kerana DIA tujuan abadi ku....

2 ulasan:

  1. salam ziarah

    new bloggers?
    saya suka puisi di atas. tulus.

    BalasPadam
  2. salam..
    yup I'm new here...
    thanx 4 reading...=)

    BalasPadam