Salam buat pembaca atau pejalan yang melintasi blog ni... Thanx buat yang sudi menjenguk...
hari xde pape sangat yang nak diupdate pn... Sekadar mencerita apa yang berlaku pada hujung miggu yag kurasakan amat singkat kali ni... Seperti sepatutnya, kalau meeting yang terlajak sehingga ke jam 6 enam petang, akan menyebabkan aku terlewat bertolak untuk balik kampung... Ditambah dengan cuaca yang sejuk semacam plus kalau naik moto Kriss 100, bawak pn antara 80-90km/j so tempoh waktu perlajalanan yang ditambah dengan membeli belah kat sri kembangan dan berenti makan adalah antara 5-6 jam dari Melaka ke Sg. Besar... So, Jumaat lepas aku sampai kampung mmg da dekat tgh malam...halangan2 standard tersebut ditambah lagi dengan road block mungkin utk atasi masalah samseng jalanan kat area Sekinchan tuh... maka waktu perjalanan ku itu amat memenatkan... Hari Jumaatku burn begitu sahaja selepas tamat waktu kerja...masa diperuntukkan hanya diatas jalan raya... Tiada aktiviti rutin bergurau senda...
|
antara kelapa yang berada di kebun |
|
antara pemandangan di kebun skang ni... |
|
Hari sabtu adalah hari temu janji dengan kebun... Tapi sebelum menjenguk kebun, keliling rumah lebih aula di bersihkan dulu.... So jadual pepagi meracun rumput kat depan rumah, raya da nak dekat, rumah macam semak, gile malas anak bujang... Nak menebas ngan mesin rumput malas nak g beli minyak so option yang ada racun jek...kompom2 mati rumput tu... FYI, racun rumput ni ada 2 jenis: glyphosate (untuk yang tak tau, kalau gune
glyphosate ni rumput tu mati lambat..cume bagus sebab akar pn akan mati dan lambat baru rumput tuh hidup kembali)... dan
paraquat (bahasa orang kampung racun cepat mati, tapi akarnye still xterjejas sgt)... Kalau gune
paraquat mmg kalau meracun pagi, ptg da layu da rumput tuh...berbeza ngan kalau gune
glyphosate, seminggu lebih baru nampak kesan...banyak keje pagi, so "janji temu" denga kebun di tunda ke selepas asar...
Lepas asar....
|
aku dengan racun serangga.... |
maka setelah ditunda jadual dengan kebun, lepas asar aktiviti yang telah dijadualkan dua minggu sekali pn akan dilaksanakan... Berteman ibu tercinta, tong racun manual dan racun
chlorpyrifos+ cypermethrin (racun serangga)... Kepenatan kerana mengusung dan mengepam tong racun tersebut umpama hilang tatkala melihat buah dan pohon yang subur... Xsia2 menabur bakti pada tanah...syukur hanya pada DIA mencipta alam dengan segala nikmat... Kepuasan dalam bertani bukan hanya pabila mendapat hasil nanti, tapi melihat tanaman yang ditanam hidup subur tanpa gangguan merupakan antara kurniaan besar...
|
antara hasil...tapi ni bukan pisang kat kebun, ni kat bendang....(aktiviti ahad)hehehe |
|
membakar semangat |
|
melihat pokok2 yang ditanam hidup subur... terasa bahagia di hati, walau tak ramai yang fahami... |
|
anak pokok pisang yang sihat...sampai masa perlu dipecahkan lagi... |
hari ahad diisi dengan aku menyiapkan bahan2 utk "ehem2"...(khusus buat yang tahu, yang xtahu xperlu rasanya diberitahu...ahaksss)...so petang aku melihat2 kawasan bendang... Banyak juga pisang yang ku tanam sedang dalam peringkat membuahkan hasil.... Tergambar syukur melihat hasil tanganku...Selain dari pisang, durian yang ditanam hampir sepuluh tahun lepas turut mula berbuah walau hanya sebijik, tetap kupanjatkan syukur kerana pokok tersebut berjaya berbuah setelah sekian lama.... Pohonan cempedak yang rasanya baru melepasi musim berbuah tahun ni turut mengeluarkan bibit2 buah.... dan dalam perjalanan ingin kembali ke rumah dari bendang, aku menyaksikan keindahan alam ciptaan MAHA ESA....
(FYI: bendang juga disebut sawah padi)
|
Maha Suci Allah Tuhan sekelian alam dengan segala kebesarannya... hanya DIA layak disembah dan sifatnya ESA. Sesungguhnya DIA satu-satunya, tiada yang kedua atau yang ketiga.... |
hmm...seronok tengok pokok-pokok tu dah besar =) puas hati kalau tengok pokok-pokok tu membuahkan hasil.
BalasPadamp/s:mak ke yang ambil gambar???
yup...
BalasPadam