Sekujur tubuh itu
Terkujur lesu
Terbaring kaku
Menemui takdir
Memenuhi ketetapan waktu
Walau hati terasa sayu
Terkenang pelbagai memori lalu
Saat sekujur tubuh itu
masih bermaya ceria
Saat sekujur tubuh itu
masih mampu memberi reaksi
namun, kini semua telah berlalu
walau kesedihan bertalu
tak mampu mengubah sebuah ketetapan
sekujur tubuh itu
takkan mampu kembali bernyawa
walau diri ini merana kerana pemergiannya
hakikat itu
walau pahit harus ditelan
walau terasa kehilangan
kerana diri ini nanti kan turut kaku
terkujur seperti sekujur tubuh itu
Cuma belum pasti detik waktu
Bila pula kita kan terkujur lesu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan