Rabu, 22 Disember 2010

BAHAGIA

perjalanan mencari bahagia
tak semudah pandangan mata
tak semudah imaginasi minda
ada halangan yang perlu ditempuhi
penuh rintangan dan duri

perjalanan mencari bahagia
tak mampu dikecapi bersendiri
perlukan sokongan insan disisi
perlukan petunjuk memimpin diri
agar tak lari dari tujuan
supaya tak tersasar haluan

bahagia itu berbeza pada definasi
ada yang bahagia dengan ramai teman disisi
ada yang bahagia andai mampu memberi
hatta secebis senyuman buat insan yang menemani
ada yang bahagia andai bersendiri

bahagia itu sukar difahami
namun cukup andai mampu dinikmati
dalam mencari bahagia abadi
lebih besar dugaan perlu dilalui
utamanya pada hati
yang tak pernah lupa pada ILAHI....
Pemandangan di Lebuhraya Elite berhampiran signboard sempadan Selangor...

2 ulasan: