Selasa, 14 Disember 2010

ILUSI DAN MIMPI


Bagai berilusi mimpi,
namun ia hakikat kejadian....
insan datang dan pergi...
ada pergi buat sementara,
dan ada yang pergi buat selamanya....

Bagaikan masih dalam ilusi
Segala kemanisan dan kenangan semalam
Masih bermain meniti memori
Dan ia menggamit secebis rindu
Pada mereka yang telah pergi

Dan aku masih terus bermimpi
Mimpikan indah yang tak sudah
Lupa pada diri hanya seorang musafir
Sampai masa akan kembali pada asal kejadian
Lupa diri hanya hamba hina
Menongkah dunia umpama tuan umpama raja

Bangkitlah dari mimpi dan ilusi
Sedari tujuan dicipta dan dihantar kedunia
Kerana tujuan kita hanya satu
Akan kembali juga pada DIA
Cuma yang mungkin berbeza
Keadaan kita nanti disana......
Bergantung pada amalan semasa di dunia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan