Khamis, 30 Disember 2010

Pilihan....

dalam sedar, dalam khayal, sentiasa kita berdepan dengan situasi terpaksa memilih sesuatu demi suatu yang lain..dan pilihan itu membawa kita kepada satu pilihan yang lain...walau kita sedaya mengikut jejak yang telah dilalui orang lain, namun hasil yang kita dapati mungkin tetap berbeza walau melalui jalan yang hampir sama...walau mungkin hasilnya sama, namun jalannya pasti sedikit berbeza...

kerana setiap individu itu memang diciptakan berbeza....namun tidak bermakna setiap perbezaan manjadi bebanan...walau boleh ketemukan titik persamaan, namun andai lain tingkah penerimaan, tetap tidak akan bersatu hatta sebesar dunia persamaan, yang mampu tertamsil ialah perbezaan walau sekelumit cuma...

dan pilihan itulah yang menjadikan kita...sebelum, semasa, dan akan datang...walau sesimpang beza pilihan kita, hasilnya mungkin umpama langit dan bumi....pilihan sentiasa ada didepan mata, janganlah sampai tersalah pilihan....tapi janganlah pula takut untuk membuat pilihan...kerana kta tetap terpaksa memilih..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan