Selasa, 28 Disember 2010

Kursus Pra-Perkahwinan....1

Rasanya dah agak lama gak tak merapu kat sini....so di kesempatan yang ada ni cube la huraikan apa yang berlaku semenjak dua menjak ni... Hujung minggu lepas aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan anjuran MAIS...Jeles gak melihat peserta yang hadir bersama pasangan masing2... Dan agak tak boleh blah ada dikalangan peserta nampak terlalu keanak-anakan... Terlintas gak, diorang ni dah habis sekolah ke belum agaknya????... Dari perspektif sendiri, aku merasakan besar tanggungjawab nak berkeluarga ni... Bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu syahwat yag membuak tetapi sebagai lelaki tanggungjawab untuk memimpin pasangan menurut jalan dan arah yang ditetapka syariat... Tapi mungkin aku perjudis terhadap "anak-anak" muda tersebut... Mungkin mereka sebenarnya mampu menggalas tanggungjawab tersebut lebih baik berbanding aku yang kononnya dah matang ni... Dan begitulah aku dengan perspektif dan persepsiku sendiri.....

Sewaktu kursus yang sejenak, sempat la jugak aku berkenalan dengan rakan2 baru...Tapi maaf kalini takde gambar untuk ditunjuk... Datang dari latar belakang yang pelbagai namun niatnya satu, untuk menuntut ilmu kekeluargaan sebelum mendirikan rumahtangga... Dan kami sebagai peserta kami didedahkan dengan pelbagai ilmu yang sebahagian telah ku ketahui, namun disampaikan dengan cara yang berbeza... Sebahagian perkara mudah dilafaz tetapi sebenarnya berat untuk dilaksanakan... Aku sedar masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki... Dari amalan, masih banyak lagi lompong2 kosong yang ku tinggalkan... Diri sendiri masih tak terpimpin, maka bertambah beratlah tanggungjawab nak memimpin isteri2 dan anak2 nanti... Semoga mampu kugalas tanggungjawab yang bakal ku pimpin sebagai seorang lelaki, anak, dan suami dengan baik...

Buat bakal isteriku, aku tidak sempurna... Masih terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan diri yang perlu dan harus ku perbaiki... Tanggungjawabku untuk memimpinmu, dan aku akan ditanya tentang pimpinanku di "sana" nanti.... Cuma ku harap dirimu sudi membantu dan mengingatkan aku tentang amanah yang bakal ku pikul nanti... Memimpin tak semudah anganan... Dipimpin juga tak semudah mimpi... Semoga mampu kau dan aku mengharungi bersama dugaan dan liku dalam sebuah perkahwinan dan kehidupan... Masih banyak ilmu yang perlu ku garap dan ku dalami...

source:http://khalilullah.comze.com/wp-content/uploads/2010/09/fotolia_1220104.jpg
~p/s- macam nak kawen esok je rasanya...hehehehehe

2 ulasan:

  1. hmm...bagus lah dah menyedari tanggungjawab yang bakal dipikul. tp nape isteri2 ye?konfius jap...

    BalasPadam
  2. xde pape yg tersirat pn cik madihah...cuma meluahkan apa yang ada diminda...hehehehe

    BalasPadam