Selasa, 14 Disember 2010

bile aku merepek.....


Kadang mata salah mentafsir
Salah tafsiran tersebut di sebarkan pula
Maka
Pelbagai natijah terhasil kerana kebobrokan kita
Ada insan di hina kerana keceluparan kita
Ada permusuhan tercipta kerana ego yang di bela
Hati telah begitu keras
Walau sekadar untuk menuturkan maaf
Malah lebih malang
Andai maaf dihulur sedang hati tak pernah merelakan
Begitu hebat lakonan kita
Namun malang tak pernah pula tercalon sebarang anugerah
Di depan meraka kita memuji
Namun di belakang mereka jenuh kita mencerca dan mengeji
 Kita membantu hanya demi sebuah nama
Mengaharap agar dibalas berganda
Andai jatuh harap pada YANG ESA
Maka memang selayaknya
Namun kita lebih mengharap pada manusia
Mengharap agar diberi kuasa
Walau sedar tak mampu memikulnya
Mengharap diberi kemewahan harta
walau sedar haram jalan sumbernya
tak segan silu menipu
tiada lagi belas nuraga pada yang ditipu
tiada simpati pada yang tertipu
lupa pada hakikat bahawa diri sendiri turut tertipu
terlupa bahawa diri sendiri turut dipermain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan