Khamis, 19 April 2012

Tazkirah tak sengaja sewaktu menunggu masuk waktu Zohor.

Di satu tengahari yang panas sewaktu tengah duduk-duduk di perkarangan satu masjid yang agak kerap dikunjungi watu berkerja, datang seorang pakcik mengulur ucapan salam pada aku. Seperti kelaziman, akan bersembang, nama siapa, kerja kat mana, apa jawatan etc...Secara agak tiba-tiba aku dilontar dengan satu persoalan oleh pakcik tadi.

Pakcik: pernah ke anak rasa keadaan dimana anak dah minum namun haus tak hilang-hilang jugak?
Aku: setakat ni belum lagi pakcik.
Pakcik: sebab tu jarang2 sekali orang nak rasa bahawa yang menghilangkan haus tu bukan air, tapi Tuhan yang memiliki segala-galanya.
Aku: errr.... boleh pakcik huraikan lebih lanjut? macam ada sesuatu je yang cuba disampaikan...
Pakcik: begini, kalau dilihat, manusia sekarang semakin kurang rasa kebergantungan dengan tuhan. Analogi mudah, kita kalau sakit akan carik ubat kan?
Aku: boleh kata begitu, maka?
Pakcik: Ramai yang berusaha mencari pakar kalau penyakit tadi tak dapat diubati, betul?
Aku: betul lagi.
Pakcik: Rasanya, pernah tak terlintas di benak kita bahawa, doktor pakar atau ubat yang mahal harganya tadi hanya sebab untuk Allah sembuhkan kita?
Aku: jujurnya pakcik, jarang atau mungkin boleh saya kata payah nak terlintas sampai macam tuh.
Pakcik: Sekarang dah nampak apa yang pakcik cuba sampaikan?
Aku: ermmmm.....Masih lagi kabur pakcik.
Pakcik: Mudahnya macam ni lah, setiap usaha kita selagi mana tak bercanggah dengan syara', sandarkanlah pada yang mampu mengabulkan. Contohnya minum tadi. Cuba kita fahamkan yang tindakan kita meminum adalah usaha sedangkan yang mampu menghilangkan dahaga adalah Allah yang bakal kita mengahadap sekejap lagi ni. Kalau Allah takdirkan hatta dengan anak minum satu kolam ni pun, tapi Allah sekat untuk minum tadi menghilangkan dahaga, memang kita akan kekal dahaga. Dapat???
Aku: Rasanya dapat sikit kot. hehehehe
Pakcik: Anak sebagai warga pendidik betul?
Aku: ye pakcik. Kenapa??
Pakcik: Anak dah mengajar murid-murid satu ilmu, pernah tak hadir rasa kecewa bila apa yang anak ajarkan tak dapat dihadam oleh murid-murid anak??
Aku: pernah rasanya terlintas perasaan sebegitu.
Pakcik: Adakah anak tak yakin dengan Allah??
Aku sempat bermonolog, "pergh, pakcik ni, tembak aku baik punye sasaran tak pasal-pasal...."
Aku: bukan macam tu pakcik.
Pakcik: kalau begitu, kenapa seolah-olah berputus asa dalam berusaha? Anak cuba menyampaikan sedikit ilmu yang Allah bagi kepada anak murid, bukan hak kita tentukan anak murid kita faham atau tidak dengan apa yang kita sampaikan. Tapi, usaha kita kene bersungguh-sungguh, bukan sekadar melepas batuk ditangga. Kita membaca dulu apa kita nak ajar, kita sendiri fahmakan segala konsep berkaitan dan sebagainya. InsyaAllah dengan cara dan usaha yang betul, dipandu oleh matlamat dan niat yang baik, akan ada kesannya pada murid-murid anak tadi. Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu berlandaskan kesediaan dan kemampuan kita menerimanya. Mungkin anak dah bersedia atau mampu memberi yang terbaik, tapi murid-murid anak belum mampu menghadam dan mencerna ilmu yan anak cuba sampaikan. Berbaik sangka dengan murid-murid secara tak langsung kita berbaik sangka dengan Allah.Ramai orang yang kurang memahami konsep ini, maka sering kali mereka berputus asa sebelum berjuang dengan sehabis baiknya. Hakikat usaha sebagai hak kita yang perlu ditunaikan, sedang ganjaran bagi setiap tindakan kita ditentukan oleh Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Di kala pakcik tadi masih lagi mahu menyambung perbincangan, kedengaran sayup-sayup suara bilal bertasbih sebelum melaungkan azan, maka perbincangan panjang tadi terpaksa dihentikan. Seusai membaca doa setelah tamatnya azan, kami berdua pun bersalaman sambil menyediakan diri untuk berwudhu' dan seterusnya menunaikan fardu zohor. Makanya, entry kali ini lebih kepada perkongsian daripada apa yang mampu ku serap masuk kedalam minda kerana kebetulannya hari ni kuliah sebelum zohor tiada, tapi aku masih lagi mendapat tazkirah berguna dengan hanya bersembang dengan seorang pakcik yang hebat ilmunya...    

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang utama, andai datang kata-kata nasihat buat diri, tolak ketepi siapa yang menyampaikan, tetapi utamakanlah apa yang ingin disampaikan. Pakcik tadi mungkin cuma seorang pemandu teksi yang biasa kita temui, namun nyata butir bicaranya cukup-cukup mendalam. Mungkin pakcik tadi bukan seorang professor hebat yang berkelulusan tinggi, namun pelajaran dari sekolah kehidupan membentuk pemikiran hebat itu nyata cukup mengkagumkan. Benarlah kalam Tuhan Yang Agung, "dunia dan seisinya mengandungi pengajaran yang cukup banyak andai kamu mahu berfikir...."

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengatur pertemuan tadi yang secara tak langsung membuat aku mulai menginsafi kekuangan tadi. Dan mungkin kerana kehebatan dan kelembutan tutur bicara  pakcik tadi, membuat aku rasa tertewas dek keinginanku sendiri, yang amat sukar untuk mengakaitkan setiap sesuatu yang terjadi dengan setiap ketentuan Ilahi. Antara bait kata yang cukup mengesankan adalah, "Kita berjaya melakukan sesuatu bukan kerana kehebatan usaha kita, melainkan kerana perkenan dari Tuhan Yang Esa..." Subhanallah...

Khamis, 12 April 2012

Dugaan kehidupan...

Aku hamba yang sering lupa...
Gemar melupakan walau tak pernah dilupakan...
Sering leka lantas melekakan...
Pada kefardhuan yang diperuntukkan...
Walau yakin pada sebuah perjanjian...
Di perjalanan sering terpana pada keindahan...
Sejenak cuma namun tetap mengiurkan...
Menggugat menggoda keimanan...
Lantas keterasingan itu melalaikan...
Jauh dari insan bergelar teman...
Wahai teman sedarkan aku pada keagungan tuhan...
Saat diri hanyut dibawa gelombang lautan...
Huluran tangan mu amat kuharapkan...
Tersesat di gelita kehidupan...
Hadirkan cahaya menerangi laluan...
Bacakan padaku ayat-ayat peringatan...
Juga kata-kata kekasih agung sebagai pesan...
Moga diriku dan dirimu...
Kekal dalam agama-Nya...
Dalam menempuhi dugaan kehidupan...
Yang tak pernah pudar dek halangan dan ujian...

*p/s:- tak tahu nak letak tajuk apa dan takde idea nak sambung lagi....so mcm ada yg xkene...