Selasa, 9 Oktober 2012

Berangan...



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit. Bukan selalu pun kita balik kampung. Nanti mesti mak Eira kata Eira tak reti jaga suami..." kata Masirah sambil memuncungkan lagi bibir yang dah sedia muncung.

Adam sekadar mencebikkan bibir sambil menjelirkan lidah tanda mencari pasal dengan isteri tersayang.

Masirah memiat lembut telinga Adam sambil membetulkan pakaian Adam yang serabai...

Adam tersenyum memandang isterinya.

Masirah tersenyum manja… Adam geram melihat senyuman itu lantas memaut pinggang isterinya itu… Mengikik Masirah kegelian akibat pautan Adam tersebut.

"Cantik isteri abang hari ni." Adam mencubit pipi Masirah lembut.

Pipi Masirah yang kemerahan akibat disakat menyerlahkan lagi kecantikannya apabila diusik begitu.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni. Suruh mak cepat sikit, tak yah nak sibuk-sibuk make-up beria…" ujar Adam kepada Farah dan Adi..

Masirah hanya tersenyum melihatkan kerenah suaminya itu melayan kaletah anak-anak mereka yang comel dan manja.

Farah yang baru masuk tadika itu begitu ligat ditambah pula gelagat  Adi yang kini darjah 1 yang begitu gemar mengusik adiknya itu menambah lagi keriuhan di pagi hari yang tenang….

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?" Ujar Masirah.

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan kerja yang menimbun kat ofis tu. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang. Lagipun sebelum ni bila abang cuti, Eira ada kerje" Adam berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Mambang Di Awan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Farah dan Adi yang tadinya kecoh dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Masirah. Tersenyum Adam sendirian melihat gaya isterinya tidur…

"Tak sabar rasanya nak sampai kat kampung," Adam berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Adam menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Adam semakin seronok. Khairi dah tak sabar untuk segera sampai ke kampung isterinya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civic silvernya mula memecut meredah highway dengan megahnya.

Adam cilok kiri, cilok kanan, nasib baik tak boleh nak cilok depan dan belakang, kalau tak habis semua dicilok… Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Adam masa tu.

“Baru korang semua tahu siapa aku. Ini jaguh pecut kat kampung dulu..Sekadar 2ookmph tu dah muak aku bawak, takde feel langsung” bisik Adam dalam hatinya..

Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni? Bukan lari pun kampung Eira tu" sapa Masirah yang tiba-tiba terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Eira takut. Elok-elok kita sampai tiga jam nanti terus tak sampai" Masirah cuba memujuk Adam supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileksla Eira...tak ada apa-apa. Setakat 160kmph apelah sangat kan sayang???hehehe" Adam terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was mengalahkan gaya pelumba A1 mahupun F1 lagaknya...

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan? Kalau Fernando Alonso atau Schumacer tu race ngan abang, confirm kene tinggal jauh. Makan asap je la diorang!! " kata Adam  sambil tersengih setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang." Rayu Masirah agar Adam memperlahankan pemanduannya…

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres, Eira tengok abang potong dia aaa...."

Adam terus masuk gear 5, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Adam terus membelok ke kiri untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah tapi rosak ditepi jalan dan….....lebih malang lagi, betl-betul dibelakng keretanya ialah sebuah lori ayam yang juga laju mengikut kereta yang dipandu Adam….tiba-tiba….

BANG!!

"Adam....bangun Adam." sayup-sayup terdengar suara emaknya. Adam membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ, puas dia mencari namun masih tidak kelihatan kelibat isterinya….

"Mana Eira mak? Macam mana dengan Eira mak? Farah? Adi???....mana anak-anak saya mak??? Kenapa diorang takde kat sini??kenapa saya boleh ada kat rumah emak sedangkan tadi saya nak pegi rumah bapak mertua saya?? " Bertubi-tubi Adam menyoal emaknya….namun emaknya masih tergamam membisu seribu bahasa….

Adam tak dapat menahan kesedihannya lagi. Adam menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Adam tepat-tepat dengan perasaan terkesima...

“Dah kene sampuk ke ape anak aku yang sorang ni?” gumam emaknya sendirian..

"Macam mana dengan isteri saya mak? Mana Masirah?" ujar Adam yang masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Adam yang serabut itu berpinar ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Adam terdiam. Kenapa emaknya bertindak sebegitu?

“Dah tak kesian ke emak kat aku?”soal Adam di dalam hati…

"Banyak la engkau punya isteri! Belajar tak habis lagi ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun, pegi sembahyang asar, dah nak maghrib pun!" emaknya yang geram terus merungut sambil berlalu keluar......

Dan Adam pun tersengih keseorangan umpama katak tertelan lumpur...Rasa macam nak masuk je dalam tin biskut tu….tak pun kalau dapat sorok kepala dalam tanah macam burung unta pun ok!! Malunya aku…….

Sumber gambar: Disini

............................................................................................................................................................

moral Of The Story :
·       Pandulah dengan berhati-hati walaupun dalam mimpi!!!
·       Nak berangan pun patut2 la…
·       Jangan tido lewat petang sebab nanti mamai…
·       Belajarlah menghargai insan yang tersayang…
·       Last but not least…kawin la cepat..xyah nak berangan ngarut2 lagi kalau rasa ada kemampuan…