Khamis, 23 Jun 2011

GURU OH GURU-Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Source: http://topuspost.com/wp-content/uploads/2011/05/TeacherAppreciation.jpg


p/s-Sekadar sebuah perkongsian kerana ramai dikalangan temanku mempunyai kerjaya sebagai guru... Dan isteriku juga kini merupakan seorang guru... Aku sedari bahawa aku takkan berada di tempat ini tanpa guru-guruku yang telah banyak membimbing ku.... Aku sedar bahawa aku bukanlah dikalangan anak murid yang sering diberi harapan, apatah lagi mampu menjadi kebanggaan... Namun, tanpa perkongsian ilmu kalian, mungkin bukan disini tempatku... Sungguh aku hargai setiap kudrat dan keringat yang telah kalian curahkan untuk diriku walau mungkin tak terlafaz oleh kata-kata, namun pertemuan dengan kalian banyak mengajarku erti hidup...buat para pensyarahku di UTM dan UPM, kalian telah banyak mengajara aku untuk meneroka kebolehan dan keupayaan diri... Semoga semua guru-guruku dapat meneruskan khidmat mendidik anak bangsa dan andai ada yang telah kembali pada DIA, moga roh mereka dirahmati....

Selasa, 21 Jun 2011

SETELAH DIRIMU AKU NIKAHI

Setelah dirimu aku nikahi
Terpaut sebuah ikatan suci insani
Mematri kata cinta dan janji
Memanjat doa kehodrat Ilahi
Semoga cinta yang bersemi kekal abadi
Kerana bahagia diidam bukan hanya sementara
Diharap mampu menjadi jambatan kesyurga

Setelah dirimu aku nikahi
akan terserlah segala keburukan disisi
yang selama ini sering disembunyi
Semoga kita mampu saling memperbaiki
setiap kelemahan diri
Kerana kita punya kekurangan yang tersendiri
Setelah dirimu aku nikahi
Baru kini aku sedari
Realiti tak seindah mimpi
Tak mudah melakar mimpi menjadi realiti
Dan begitu banyak ranjau berduri
Melingkari perjalanan berdua yang bakal dilalui

Aku yakini bahawa hidup penuh rintangan
Tak pernah berhenti dugaan menguji
Dan disebaliknya terdapat hikmah bagi yang memahami
Terdapat pengajaran bagi yang mencari
dan sia-sia bagi yang tak peduli
Dan ia indah andai mengerti..
Ujian setelah dirimu aku nikahi itu pasti
mampukah kita menghadapi masih belum tahu lagi
Namun,
walaubagaimana sekalipun ia tetap perlu dilalui....

Walau mungkin hidup berdua tak seindah mimpi
akan tetap aku tempuhi demi sebuah cinta hakiki
kerana perkahwinan sebagai bukti kasih ILAHI
kerana DIA Maha Mengerti
kehendak dan keperluan insani.....

picture source:http://maxcdn.chiqweddings.com/files/attach/images/11121/125/012/wedding_ring_time.jpg

Isnin, 6 Jun 2011

Perubahan Status...

Hari ini, 5 Jun 2011...
Genap 2 hari bergelar suami...masih banyak lagi yang perlu dipelajari...Bukan senang nak hidup berdua...Selama ini masih banyak lagi yang tersembunyi mengenai diri masing-masing dan proses saling mengenali pasangan masih jauh lagi untuk diterokai....

Susah senang yang satu ketika dahulu diharungi sendirian, kini bakal dilalui bersama peneman.... Masih banyak dugaan yang akan diharungi dan ditempuhi... Sungguh perkahwinan bukanlah penamat sebuah percintaan, tapi satu STEPPING STONE untuk terus menerokai indahnya alam percintaan....  Moga diberi kekuatan untuk menjadi seorang suami yang soleh, dan seterusnya mampu membimbing isteriku menempuhi hidup yang penuh cabaran... Jutaan terima kasih buat teman-teman yang mendoakan kesejahteraan buat ku... Moga ukhuwah yang terjalin akan kekal buat selamanya...

Cukuplah entri kali ini.... sebuah coretan kosong tanpa sebarang tujuan...
Salam...