Khamis, 30 Disember 2010

Pilihan....

dalam sedar, dalam khayal, sentiasa kita berdepan dengan situasi terpaksa memilih sesuatu demi suatu yang lain..dan pilihan itu membawa kita kepada satu pilihan yang lain...walau kita sedaya mengikut jejak yang telah dilalui orang lain, namun hasil yang kita dapati mungkin tetap berbeza walau melalui jalan yang hampir sama...walau mungkin hasilnya sama, namun jalannya pasti sedikit berbeza...

kerana setiap individu itu memang diciptakan berbeza....namun tidak bermakna setiap perbezaan manjadi bebanan...walau boleh ketemukan titik persamaan, namun andai lain tingkah penerimaan, tetap tidak akan bersatu hatta sebesar dunia persamaan, yang mampu tertamsil ialah perbezaan walau sekelumit cuma...

dan pilihan itulah yang menjadikan kita...sebelum, semasa, dan akan datang...walau sesimpang beza pilihan kita, hasilnya mungkin umpama langit dan bumi....pilihan sentiasa ada didepan mata, janganlah sampai tersalah pilihan....tapi janganlah pula takut untuk membuat pilihan...kerana kta tetap terpaksa memilih..........

Rabu, 29 Disember 2010

Kursus Pra-Perkahwinan...2

source: http://whooz.files.wordpress.com/2009/12/p1040801.jpg

Ni sambungan kepada kisah aku menjengah Kursus Pra-Perkahwinan hujung minggu lepas...Sepanjang 2 dua hari kursus, makanan memang mantap... Mungkin perlukan meja so that participants mudah nak menulis, mencatat atau apa2 lagi isi kuliah ang disampaikan... Memang la isi utama ada dalam modul yang diberi, tapi ada banyak tip-tip dari ustaz2 dan ustazah yang selama ini dipandang ringan... Benar kebanyakan kita sekarang berkahwin sesudah bercinta malah adakalanya tempoh bercinta melangkaui tempoh 5 tahun, namun apakah tempoh bercinta yang lama mampu menjamin kebahagian sesebuah rumah tangga??? Ada sahabat yang bercinta selama 3 tahun, tapi selepas mendirikan rumah tangga selama 2 minggu sudah terasa bosan dengan pasangan... So, tips yang dikongsi bersama oleh uztaz2 dan ustazah tadi mampu memberi hint2 yang amat berguna... Tapi dalam kepayahan tu dapat la jugak aku menyalin beberapa isi2 penting yang kurasakan amat berguna...

Jujur aku mengaku, sebelum mengikuti kursus tersebut, aku memandang enteng kewajiban yang disyaratkan untuk melayakkan seseorang itu bernikah seperti yang terkandung dalam enakmen keluarga islam yang diguna pakai di Malaysia..Apa keperluan dan kepentingannya??kerana semakin hari semakin kerap aku melihat kes2 penceraian berlaku sedang zaman mak bapak kita kahwin dulu tiada kursus2 begini dianjurkan tapi perkahwinan mereka mampu berkekalan hingga ke hari ini... Namun setelah aku mengikuti sendiri, persepsiku berubah...benar apa yang disampaikan adalah comon sense dalam berpasangan atau berumah tangga, tetapi adakah selama ini kita peduli pada perkara yang kelihatan remeh temeh seperti itu???nyata sekali tidak...Tapi statistik menunjukkan bahawa sebab yang remeh temeh tadi lah yang menjurus kepada kehancuran institusi keluarga di samping sebab yang paling penting adalah semakin ramai yang lupa pada janji dan gagal mematuhi suruhan TUHAN YANG ESA.... Maka jika tiada kepatuhan kita dalam melunaskan tuntutan agama, bagaimana mungkin ALLAH mahu membantu kita menangani permasalahan yang melanda???

Sebenarnye banyak perkara remeh temeh yang selalu dipandang enteng dalam hubungan tapi mempunyai kesan yang sangat besar... Contohnya sang suami yang di luar sangat2 lah kacak bergaya tapi bile tiba di rumah bertukar menjadi selekeh... Berkain pelikat tanpa baju kemana-mana... Rambut yang andai di luar disisir rapi tapi bila di rumah serabai macam kucing mati bini dan berbagai lagi kerenah yang nampak macam takde bende, tapi boleh membuat pasangan makan hati... Masa bercinta kentut pun bau wangi tapi lepas kawen pakai wangi2 pn masih dikatanya busuk... So kursus pra-perkahwinan ini sebenarnya membantu dalam menyedarkan kita bahawa nilai perkahwinan yang hakiki letaknya pada ingin mendaulatkan syariat Allah dan tujuan perkahwinan adalah kerana ingin terus menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini... Disamping menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu ibadah dan mampu membantu ibadah-ibadah yang lainnya pula...

Bercerita kepada kejadian yang akan ku ingati sepanjang kursus pula ialah apabila seorang ustaz bertanya tentang perancangan kewangan untuk majlis perkahwinan... Ditanya pada seorang perempuan berapakah peruntukan yang diperlukan untuk majlis kenduri perkahwinannya, maka dinyatakan jumlah yang sangat menakutkan aku kerana tinggi nilaian yang diletakkan oleh perempuan tadi.
  • RM15k- Nilai wang hantaran
  • RM25k- nilai bayaran mak andam dan pelamin
  • RM2k- nilai bayaran photographer
  • RM20k- bayaran kenduri
  • etc....
Maka bayangkan betapa besar jumlah yang dinyatakan demi sebuah majlis kenduri walimah... Terasa betapa kecil belanjawan ku berbanding yang telah dinyatakan oleh si gadis tadi... Teman-teman yang lain sama seperti aku terasa ingin melihat siapakah gerangan lelaki yang menjadi pasangan si gadis tadi tapi malangnya gadis tadi seperti aku, datang bersendirian tanpa pasangan... Kami berminat mengenali si lelaki yang nyata mewah kalau berdasarkan jumlah belanja yang perlu ditanggungnya keatas gadis tadi menjadi ukuran dan bandingan... Selain itu, corak penyampain yang digunakan oleh penceramah-penceramah bertugas yang berkongsi pengalaman dan ilmu turut membuatkan masa yang lama terasa pantas berlalu...

Akhir kalam, ilmu rumah tangga tak mampu dimiliki dengan menghadiri kursus selama dua hari sahaja kerana masih terlalu banyak yang akan ditempuh bersama pasangan dalam tempoh berumah tangga... Setiap permasalahan yang timbul akan memerlukan pendekatan dan penyelesaian yang berbeza bergantung kepada banyak faktor, maka komunikasi berkesan sesama pasangan amatlah penting selain merendahkan diri dan mengakui bahawa masih banyak kekurangan yang ada dalam diri masing-masing... Jangan terlalu sibuk menegakkan ego masing-masing kerana taraf kita hanya hamba pada DIA...

Salam perkongsian ilmu...
-khairinordin-

Selasa, 28 Disember 2010

Kursus Pra-Perkahwinan....1

Rasanya dah agak lama gak tak merapu kat sini....so di kesempatan yang ada ni cube la huraikan apa yang berlaku semenjak dua menjak ni... Hujung minggu lepas aku menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan anjuran MAIS...Jeles gak melihat peserta yang hadir bersama pasangan masing2... Dan agak tak boleh blah ada dikalangan peserta nampak terlalu keanak-anakan... Terlintas gak, diorang ni dah habis sekolah ke belum agaknya????... Dari perspektif sendiri, aku merasakan besar tanggungjawab nak berkeluarga ni... Bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu syahwat yag membuak tetapi sebagai lelaki tanggungjawab untuk memimpin pasangan menurut jalan dan arah yang ditetapka syariat... Tapi mungkin aku perjudis terhadap "anak-anak" muda tersebut... Mungkin mereka sebenarnya mampu menggalas tanggungjawab tersebut lebih baik berbanding aku yang kononnya dah matang ni... Dan begitulah aku dengan perspektif dan persepsiku sendiri.....

Sewaktu kursus yang sejenak, sempat la jugak aku berkenalan dengan rakan2 baru...Tapi maaf kalini takde gambar untuk ditunjuk... Datang dari latar belakang yang pelbagai namun niatnya satu, untuk menuntut ilmu kekeluargaan sebelum mendirikan rumahtangga... Dan kami sebagai peserta kami didedahkan dengan pelbagai ilmu yang sebahagian telah ku ketahui, namun disampaikan dengan cara yang berbeza... Sebahagian perkara mudah dilafaz tetapi sebenarnya berat untuk dilaksanakan... Aku sedar masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki... Dari amalan, masih banyak lagi lompong2 kosong yang ku tinggalkan... Diri sendiri masih tak terpimpin, maka bertambah beratlah tanggungjawab nak memimpin isteri2 dan anak2 nanti... Semoga mampu kugalas tanggungjawab yang bakal ku pimpin sebagai seorang lelaki, anak, dan suami dengan baik...

Buat bakal isteriku, aku tidak sempurna... Masih terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan diri yang perlu dan harus ku perbaiki... Tanggungjawabku untuk memimpinmu, dan aku akan ditanya tentang pimpinanku di "sana" nanti.... Cuma ku harap dirimu sudi membantu dan mengingatkan aku tentang amanah yang bakal ku pikul nanti... Memimpin tak semudah anganan... Dipimpin juga tak semudah mimpi... Semoga mampu kau dan aku mengharungi bersama dugaan dan liku dalam sebuah perkahwinan dan kehidupan... Masih banyak ilmu yang perlu ku garap dan ku dalami...

source:http://khalilullah.comze.com/wp-content/uploads/2010/09/fotolia_1220104.jpg
~p/s- macam nak kawen esok je rasanya...hehehehehe

Rabu, 22 Disember 2010

BAHAGIA

perjalanan mencari bahagia
tak semudah pandangan mata
tak semudah imaginasi minda
ada halangan yang perlu ditempuhi
penuh rintangan dan duri

perjalanan mencari bahagia
tak mampu dikecapi bersendiri
perlukan sokongan insan disisi
perlukan petunjuk memimpin diri
agar tak lari dari tujuan
supaya tak tersasar haluan

bahagia itu berbeza pada definasi
ada yang bahagia dengan ramai teman disisi
ada yang bahagia andai mampu memberi
hatta secebis senyuman buat insan yang menemani
ada yang bahagia andai bersendiri

bahagia itu sukar difahami
namun cukup andai mampu dinikmati
dalam mencari bahagia abadi
lebih besar dugaan perlu dilalui
utamanya pada hati
yang tak pernah lupa pada ILAHI....
Pemandangan di Lebuhraya Elite berhampiran signboard sempadan Selangor...

Jumaat, 17 Disember 2010

Dunia Kita....

dunia kita berbeza...
namun itu bukan persoalan...
apatah lagi jadi punca permusuhan....
seharusnya menjadi sebab perkenalan...
agar terbina sebuah jalinan...
dalam menempuhi sejenak perjalanan....

Dunia kita tak pernah sama...
namun adakah ianya bencana???
hingga mungkin ada yang merana???

Dunia Ibarat Mimpi

Dunia ku tak seindah mimpi,
namun cukup untuk kita kongsi bersama...
mungkin tak seindah tanggapan kalian...

Dunia ku tak seindah fantasi,
berguna buat kita renung kembali kisah semalam,
moga mampu menjadi pengajaran dan pedoman untuk esok...
tak terhindar salah dan keterlanjuran...

Dunia ku tak seindah pandanganmu,
namun cukup untuk kuteruskan kehidupanku...
cukup untuk ku kongsikan bersama insan yang sudi...
mencipta memori di perjalanan....

Dunia ini ibarat sebuah perhentian,
cukup masa perjalanan kan diteruskan...
musafir berhenti melepas lelah di pejalanan...
juga melengkap bekalan dalam perjalanan...

Dunia ini pasti berakhir...
hari akhir kian menghampir....
tiada apa kekal abadi....
persediaan di perhentian jadi peneman...
dan bersediakah sudah menghadapi???

Khamis, 16 Disember 2010

Setitis Airmata Dan Seulas Senyuman

source: http://files.myopera.com/ladyofdreams7/files/tears/tears.jpg
Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.
Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.
Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.
Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.
Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.
Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.
Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai  segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.
Menuju samudera cinta dan keindahan – kepada Tuhan.
~ Khalil Gibran

WISDOM

Wisdom is like the rain.
Its source is unlimited, but it comes down according to the season.
Grocers put sugar in a bag, but their supply of sugar is not the amount in the bag.
When you come to a grocer, he has sugar in abundance.
But he sees how much money you have brought and gives accordingly.
Your currency on this Path is resolution and faith, and you are taught according to your resolution and faith.
When you come seeking sugar, they examine your bag to see what its capacity is, then they measure out accordingly.
~ Jalaluddin Rumi

Rabu, 15 Disember 2010

Dunia Yang Senyum (USMAN AWANG)

Siapa pun juga kita, merah atau apa warna,
Dan di mana juga berada, mengenal bahagia neraka.
Tuan bisa mengeti kerana dunia kepunyaan bersama.
Di antara kita dan dunia yang mesti hidup,
Ada dua manusia dalam satu denyut,
Kuasa yang besar padanya segala terpaut.
Keliling kita udara pecahan atom,
Kilang-kilang kawah api bukan untuk senyum;
Ke mana berlindung bila muntah suaranya meraung?
O dengarlah harapan yang banyak ditumpahkan,
Suara cinta-damai tebang bersayap membumbung.
Jadikanlah senapang itu kecapi dan gitar
Petiklah, bukan candit bedit yang pelurunya bergegar.
Gantilah bom-bom itu dengan bola mainan anak-anak,
Panggillah pemuda dan gadis-gadis menari
Di tangan mereka bunga-bunga warna-warni
Dunia yang senyum bakal kita miliki.

Usman Awang
1959

Selasa, 14 Disember 2010

ILUSI DAN MIMPI


Bagai berilusi mimpi,
namun ia hakikat kejadian....
insan datang dan pergi...
ada pergi buat sementara,
dan ada yang pergi buat selamanya....

Bagaikan masih dalam ilusi
Segala kemanisan dan kenangan semalam
Masih bermain meniti memori
Dan ia menggamit secebis rindu
Pada mereka yang telah pergi

Dan aku masih terus bermimpi
Mimpikan indah yang tak sudah
Lupa pada diri hanya seorang musafir
Sampai masa akan kembali pada asal kejadian
Lupa diri hanya hamba hina
Menongkah dunia umpama tuan umpama raja

Bangkitlah dari mimpi dan ilusi
Sedari tujuan dicipta dan dihantar kedunia
Kerana tujuan kita hanya satu
Akan kembali juga pada DIA
Cuma yang mungkin berbeza
Keadaan kita nanti disana......
Bergantung pada amalan semasa di dunia....

bile aku merepek.....


Kadang mata salah mentafsir
Salah tafsiran tersebut di sebarkan pula
Maka
Pelbagai natijah terhasil kerana kebobrokan kita
Ada insan di hina kerana keceluparan kita
Ada permusuhan tercipta kerana ego yang di bela
Hati telah begitu keras
Walau sekadar untuk menuturkan maaf
Malah lebih malang
Andai maaf dihulur sedang hati tak pernah merelakan
Begitu hebat lakonan kita
Namun malang tak pernah pula tercalon sebarang anugerah
Di depan meraka kita memuji
Namun di belakang mereka jenuh kita mencerca dan mengeji
 Kita membantu hanya demi sebuah nama
Mengaharap agar dibalas berganda
Andai jatuh harap pada YANG ESA
Maka memang selayaknya
Namun kita lebih mengharap pada manusia
Mengharap agar diberi kuasa
Walau sedar tak mampu memikulnya
Mengharap diberi kemewahan harta
walau sedar haram jalan sumbernya
tak segan silu menipu
tiada lagi belas nuraga pada yang ditipu
tiada simpati pada yang tertipu
lupa pada hakikat bahawa diri sendiri turut tertipu
terlupa bahawa diri sendiri turut dipermain

Isnin, 13 Disember 2010

EVERY LITTLE THING

Some things are mysterious
Some things are beautiful
The scents of summer
And the pale wind blow through me

Some days I sing of my dreams
Some days I stumble
If your scent
Floats through the huge sky and ends up in my heart

I think now I can recall
The love from long ago
That fills my heart

It didn’t work out
But I’ve never lost it
May the little buzz I found that day
Keep flickering, keep shining
It’s swum through the days
Soon I’ll go and see you

Some days it’s come together
I had someone tender
The scent of the water
As you doze you see me

Let’s lean towards tomorrow
In the sunset
That grovelled as it came closer

If we can share it
Without words
Then I want to touch you without hesitation
It sparkled, overflowed
As it swam through the days
Soon I’ll go and see you

It didn’t work out
But I’ve never lost it
May the little buzz I found that day
Keep flickering, keep shining
It’s swum through the days
Soon I’ll go and see you

Khamis, 9 Disember 2010

LOVE.....

My heart is like a singing bird
Whose nest is in a watered shoot
My heart is like an apple tree
Whose boughs are bent with thickest fruit
My heart is like a rainbow shell
That paddles in a halcyon sea
My heart is gladder than all these
Because my love is come to me...
(Christina Rosetti)

Senja

Senja merangkak perlahan
Menenggelam panas mentari

Kini hanya kelam malam menemani

Sedang hati diulit kisah semalam

Hati masih dibelenggu dosa-dosa silam

Hadir rembulan bersama malam

Memberi ruang pada insan yang kepenatan

Melepas lelah kesiangan

Sungguh hadir malam mendamaikan

Meredakan gelora jiwa yang tak berkesudahan...

Sungguh indah ketentuan tuhan

Bermakna bagi yang mengerti

Mendamaikan bagi yang memahami

Tunduk hatiku melihat keagungan ciptaanMU

Isnin, 6 Disember 2010

MAHA 2010...

Sebenarnya, MAHA 2010 boleh di kategorikan berjaya in term of banyaknya maklumat yang mampu "di bawa balik".... Mungkin disebabkan ada terdetik minat terhadap bidang agro, maka sehari sgt2 lah terhad malah tak mencukupi untuk melihat perkembangan 2 tahun dalam bidang pertanian ni... Selain melihat varieti2 baru samada tanaman atau teknologi2 baru yang diperkenalkan dalam bidang penternakan, banyak informasi2 berguna tentang cara penanaman dan penjagaan yang dapat di cedok dari kalangan mereka yang pakar... Dan agak mengejutkan, daun nenas dan bijik sagu pn skang ni dah dijadikan bekas makan...so agak2 kalau kebuluran, bukan setakat makanan dalam bekas tuh boleh dibalun, siap dengan bekas2 sekali boleh di sental...hehehehe

Keluasan kawasan pameran yang menampung banyak exhibitors dengan ribuan produk2 yang mmg susah nak carik selain di expo mcm MAHA ni mmg sangat2 menarik perhatian...Cuma kekurangan yang nyata dari segi kawan meletak kenderaan yang sangat2 terhad terutama sekali di waktu puncak seperti semalam (5/12/2010) yang mana merupakan hari penutup, habis jalan MARDI-UPM turut tersangkut tempias kereta parking sesuka hti shingga menyukarkan pergerakan kenderaan lain di sepnjang laluan... Mungkin pihak MAEPS perlu memikirkan kebarangkalian untuk membina tempat meletak kenderaan bertingkat untuk mengatasi masalah mcm ni...nampak kecik jek, tapi bayangkan kalau ada orang2 tua terpaksa parking sikit punya jauh kat luar tuh... Da la kalau nak ke tempat pameran terpaksa menapak plak kat atas bukit tuh...

So diharap sebelum menjelangnya MAHA yang berikutnya pada 2012, ada penambahbaikan dapat dilakukan... Walau apa pn, MAHA kali ni mmg best.... Xpuashati rasanya merayau...

Rabu, 1 Disember 2010

Hari ni bakal menjengah MAHA 2010

Jadual hari ni nak menjengah MAHA 2010... Harap2 ada la sth yang menarik untuk dibawa balik sebagai ole2... k la, adios...

Isnin, 29 November 2010

Minggu baru..

Minggu ini secara rasminya statusku telah berubah.... Walau terdapat beberapa masalah namun segalanya selamat berlangsung dengan jayanya... Terima kasih buat ibu tercinta yang telah membantu memudahkan urusanku... Terima kasih juga buat abah yang sangat menyokong...

Status berkebun plak, hujung minggu masih macam biasa.... Aktiviti kebun berlangsung... Ada la gak rasa tensen bile tgk ada ulat menyerang pokok2 yang penak ku jaga, namun apakan daya, semuanya ujian dari DIA... Minggu lepas gak aku berjaya menunaikan janji untuk membuat batas serai utk nenek... Walau xseberapa tapi aku sangat2 bersemangat untuk melunaskan janjiku... Awal pagi sabtu setelah keadaan tenang aku pon menukar pakaian ke kebun untuk melaksanakan projek serai kecil2an...insyaAllah andai diberi kesempatan akan di 'besar' kan lagi projek yg kecik ni.... Hajat nak tambak sikit batas untuk buat batas peria plak yang kandas sebab sibuk meracun serangga dan rumput yang dah makin semak tuh... Kesibukan hujung minggu ditambah dengan jemputan kenduri yang banyak sangat2 time consuming..... Campur ngan meeting adik beradik kat rumah kak long lagi..hahahaha

Tapi apa pun, mggu lepas berjalan seperti yang dirancang...Walau terdapat banyak lagi kesilapan dan kekurangan yang boleh diperbetulkan dan diperbaiki....Hidup penuh ranjau berduri... Sejauh mana perjalanan yang bakal ku lalui tidak ku ketahui.... Namun lakukan yang terbaik dengan apa yang ada di tangan.... Merancang itu perlu, tapi jangan kecewa andai hajat tidak kecapaian....

CITA-CITA & CINTA

cita2 dan cinta..
keduanya pendorong dalam kehidupan,
cita2 menentu landasan yang menjadi pilihan,
sedang cinta membantu menuju cita,
walau saling berkait,
namun tetap keduanya berbeza,
bergantung pada tafsiran insan tentang apa itu cita dan cinta,

cita2 dan cinta,
kerananya lah aku masih teruskan perjuangan,
tabahkan hati walau payah,
redhakan diri walau susah,
kerana hidup tak pernah mudah,
kerana hidup memang payah,
kerana hidup ini suatu ujian,
walau berjaya, jangan megah,
walau tersungkur jangan terus rebah,
mara menuju cita2 dan cinta,
moga akhir perjalanan nanti,
mampu ku gamit cinta yang satu...
moga mampu ku kecap cita2 dan cinta...

Khamis, 25 November 2010

Kebun...

Salam....

Actually nothing new, just that I want to share some of the picture bende2 lain yang ada kat kebun yang saban minggu jadi objektif balik kampung...hehehehehe

nenas varieti Josapine

pisang berangan

pisang nangka


kelapa matag

pokok tongkat ali

varian lidah buaya

pemandangan yanga agk luas skit


cempedak

nenas varieti maspine

nangka madu

serai

 

sedikit info pasal pokok2 yang ada kat kebun aku ni..

Pisang

Family: Musaceae 

Scientific Name: Musa paradisiaca 

Kelapa

dari varieti hibrid yang dihasilkan daripada kacukan Kelapa Randah Malaya dengan kelapa Taganan.

 Tongkat Ali 

genus: Eurycoma

Scientific name: Eurycoma Longifoli

aka Long Jack juga dikenali sebagai Pasak Bumi

Serai

Family : Posaceae 

Scientific Name : Cymbapogon atratus

Nangka

Family: Moroceae

Scientific name: Artocarpus Heterophyllus

Cempedak

Family: Moroceae 

Scientific name:Artocarpus integer, Artocarpus chempeden, Artocarpus polylhema Pers

 

~p/s-thanx to internet...at least  dapat gak shar skit knowledge...hehehehe

-khairi-