Jumaat, 24 Januari 2014

PERSOALAN...

Aku baca, dan baca dan terus membaca...
Aku cuba memahami, kemudian aku buntu...
Cuba ku selami apakah makna, 
"SEJARAH TAK MAMPU DIUBAH"...
Apakah silam kita menentukan siapa kita hari ini?
Apakah andainya sewaktu dulu kanak-kanak A kencing di dalam seluar,
hingga dewasa, A akan kekal kencing di dalam seluar???

Apakah bagi sesetengah kita,
Manusia harus dinafikan dari berubah???
Semalam dia tersesat,
Apakah esok dia akan terus tersesat???
Hari ini kau rasa jalan kau betul,
Yakinkah engkau akan jalan mu sentiasa betul???

Antara keunikan dunia ialah ianya bersifat dinamik...
Apakah kita terhindar dari perubahan???
Kerana aku melihat terlalu ramai cuba menjadi TUHAN...
Menghukum hinga menafikan...
Takut menanyakan soalan...
Bimbang dikatakan bodoh lantaran bertanya soalan...
Lebih rela sesat jalan dari mencari jalan...
Lebih malang lagi,
Ramai yang paranoid bila dilontarkan persoalan...
Bukan berhajat untuk menjawab soalan,
Malah melabel yang bertanya sebaga sesat dan tiada harapan...
 Owh, kerana ianya lebih mudah dari mencari jawapan...
Lebih baik mematikan persoalan kerana ianya menyesatkan...

dan nampaknya aku takkan bertemu dengan jawapan...
Sumber gambar di sini