Khamis, 27 Disember 2012

UJIAN HIDUP....

Sunyi,
terperosok rasa di sudut hati,
merenung kosong, pandangan sepi,
hiruk pikuk bagaikan tak berbunyi...

Sepi,
menghambat naluri,
adakala menghakis keyakinan diri,
tergugat rasa, menangis sendiri...

Namun, 
dikumpulkan segala kederat,
menghimpun segenap semangat,
agar usaha dapat ditingkat...

Hakikat,
hidup tak pernah sunyi,
DIA sentiasa menemani,
kerna itu dihadirkan insan yang mengerti...

Terus,
kaki melangkah pergi,
jadikan silap itu pedoman diri,
moga tidak aku jatuh disitu lagi...

------------------------------------------------------------------------

Tak ku nafi,
kegembiraan yang hadir bagi insan lain,
sering kali meggugat emosi,
bukan kerana tak suka mereke gembira,
kerana terfikir mengapa ia bukan milik ku,
tatkala sedar mengetuk waras,
didatangkan yakin bahawa setiap sesuatu punyai sebab,
dijadikan ujian agar mampu memperbaiki diri,
juga sebahagian pengalaman yang akan mematangkan diri...
Meyakini bahawa aku tidak diuji melebihi keupayaan ku...
Maka, 
datanglah ujian bertimpa,
ku yakin punya kekuatan menghadapinya...
 Dan,
tatkala dirasakan terhimpit,
jutaan lagi pemberianNYA terus ku guna...

  ----------------------------------------------------------------------
lagu yang mendamaikan...credit tu VARIANZ...