Khamis, 23 Jun 2011

GURU OH GURU-Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Source: http://topuspost.com/wp-content/uploads/2011/05/TeacherAppreciation.jpg


p/s-Sekadar sebuah perkongsian kerana ramai dikalangan temanku mempunyai kerjaya sebagai guru... Dan isteriku juga kini merupakan seorang guru... Aku sedari bahawa aku takkan berada di tempat ini tanpa guru-guruku yang telah banyak membimbing ku.... Aku sedar bahawa aku bukanlah dikalangan anak murid yang sering diberi harapan, apatah lagi mampu menjadi kebanggaan... Namun, tanpa perkongsian ilmu kalian, mungkin bukan disini tempatku... Sungguh aku hargai setiap kudrat dan keringat yang telah kalian curahkan untuk diriku walau mungkin tak terlafaz oleh kata-kata, namun pertemuan dengan kalian banyak mengajarku erti hidup...buat para pensyarahku di UTM dan UPM, kalian telah banyak mengajara aku untuk meneroka kebolehan dan keupayaan diri... Semoga semua guru-guruku dapat meneruskan khidmat mendidik anak bangsa dan andai ada yang telah kembali pada DIA, moga roh mereka dirahmati....

Selasa, 21 Jun 2011

SETELAH DIRIMU AKU NIKAHI

Setelah dirimu aku nikahi
Terpaut sebuah ikatan suci insani
Mematri kata cinta dan janji
Memanjat doa kehodrat Ilahi
Semoga cinta yang bersemi kekal abadi
Kerana bahagia diidam bukan hanya sementara
Diharap mampu menjadi jambatan kesyurga

Setelah dirimu aku nikahi
akan terserlah segala keburukan disisi
yang selama ini sering disembunyi
Semoga kita mampu saling memperbaiki
setiap kelemahan diri
Kerana kita punya kekurangan yang tersendiri
Setelah dirimu aku nikahi
Baru kini aku sedari
Realiti tak seindah mimpi
Tak mudah melakar mimpi menjadi realiti
Dan begitu banyak ranjau berduri
Melingkari perjalanan berdua yang bakal dilalui

Aku yakini bahawa hidup penuh rintangan
Tak pernah berhenti dugaan menguji
Dan disebaliknya terdapat hikmah bagi yang memahami
Terdapat pengajaran bagi yang mencari
dan sia-sia bagi yang tak peduli
Dan ia indah andai mengerti..
Ujian setelah dirimu aku nikahi itu pasti
mampukah kita menghadapi masih belum tahu lagi
Namun,
walaubagaimana sekalipun ia tetap perlu dilalui....

Walau mungkin hidup berdua tak seindah mimpi
akan tetap aku tempuhi demi sebuah cinta hakiki
kerana perkahwinan sebagai bukti kasih ILAHI
kerana DIA Maha Mengerti
kehendak dan keperluan insani.....

picture source:http://maxcdn.chiqweddings.com/files/attach/images/11121/125/012/wedding_ring_time.jpg

Isnin, 6 Jun 2011

Perubahan Status...

Hari ini, 5 Jun 2011...
Genap 2 hari bergelar suami...masih banyak lagi yang perlu dipelajari...Bukan senang nak hidup berdua...Selama ini masih banyak lagi yang tersembunyi mengenai diri masing-masing dan proses saling mengenali pasangan masih jauh lagi untuk diterokai....

Susah senang yang satu ketika dahulu diharungi sendirian, kini bakal dilalui bersama peneman.... Masih banyak dugaan yang akan diharungi dan ditempuhi... Sungguh perkahwinan bukanlah penamat sebuah percintaan, tapi satu STEPPING STONE untuk terus menerokai indahnya alam percintaan....  Moga diberi kekuatan untuk menjadi seorang suami yang soleh, dan seterusnya mampu membimbing isteriku menempuhi hidup yang penuh cabaran... Jutaan terima kasih buat teman-teman yang mendoakan kesejahteraan buat ku... Moga ukhuwah yang terjalin akan kekal buat selamanya...

Cukuplah entri kali ini.... sebuah coretan kosong tanpa sebarang tujuan...
Salam...

Khamis, 5 Mei 2011

Khilaf dalam persahabatan

Mata sering salah melihat,
telinga sering kali salah mendengar,
maka membawa kepada salah tafsiran,
salah tafsiran mengundang persengketaan,
walau terkadang sedar kesilapan,
namun sikap dan tindakan masih diteruskan...

Begitu sukar memohon kemaafan,
melangit tinggi keegoan,
mengunung tinggi harga sebuah keampunan insan,
mudah melafaz untuk melupakan,
namun hanya hati yang alami mampu menzahirkan,
menyatakan yang terpendam dilubuk perasaan,
menyimpan segala perit perasaan yang dilukakan....

Sungguh besar makna sebuah persahabatan,
terjalin mekar mengundang kedamaian,
menghadir sebuah kemesraan,
walau kadang penuh dengan kepuraan,
sungguh teman mu itu tidak sempurna,
seperti mana juga dirimu,
walau tiada huluran maaf dipinta,
berilah dirinya keampunanmu,
kerana tiada beza kita melainkan amalan dan ketaqwaan pada DIA,
penuh khilaf dan noda,
walau ingin sekali mengelak segala duka,
namun tetap tepalit noda dijalanan hamba,
kita penuh silap, dan silap itu hadir dari kekurangan kita....
maka sebagai seorang yang bergelar sahabat...
diri ini ingin memohon keampunan atas segala keterlanjuran...
moga ukhuwah dan persahabatan yan terjalin berkekalan....
dan bagi mengelakkan segala ketidak senangan...
agar murni sanubari insan....

SALAM KEAMPUNAN DIHULURKAN...
MOGA KITA AKAN KEKAL BERKAWAN....

Isnin, 21 Mac 2011

memori semalam di kampus selatan...

hari ini kembali meneruskan perjalanan kehidupan...
rutin harian yang kelihatan semakin membosankan...
Dengan hati masih merindui kampus selatan...
dengan segala macam untaian kenangan berteman.....
tak lupa memori indah berkasih-kasihan....
segalanya masih segar subur dalam ingatan.....
juga terima kasih buat seorang teman....
en tapau kerana merelakan biliknya menjadi penginapan....
cuma takziah kerana terganggu perniagaan....
akibat monyet2 yang tak berperasaan....
juga buat sarep & serap yang sudi menemankan.....
andai diberi waktu dan kesempatan....
bertemu kita dilain setting dan keadaan....
terima kasih yang teramat diucapkan....
buat kekasih hati yang setia tanpa alasan....
sunguh masa yang menghampiri menambah debaran...
dengan keadaan diri yang masih tak ketentuan...
masih kabur hala dan tujuan....
namun, kau masih setia dan yakin...
sungguh tiada apa yang mampu kulakukan...
sungguh besar pengorbanan dan kesetiaan yang kau hamburkan...
tak lupa buat adiknya yang tak pernah jemu meneman....
terima kasih atas segalanya....

Universiti Teknologi Malaysia...sumber, disini

Khamis, 10 Mac 2011

Cinta Sebuah Amanah

bait-bait cinta yang ku ucapkan
bukan sekadar mainan kata
atau berniat untuk melukakan jiwa
tapi sebuah janji untuk setia
menggenggam cinta dengan segala daya
melafazkan kesedian memikul amanah kasih
kerana dirimu nanti
bakal menjadi tanggunganku
diserahkan engkau oleh walimu
untuk aku kasihi dengan sepenuh hati
menjunjung kasih fitrah insani
bagaimana mungkin untuk ku bimbing dirimu
sedang aku penuh kekhilafan sendiri
menggunung tinggi kekuranganku
semoga hadiri dirimu
mampu menguat semangat
mampu menutup ruang yang kian lama tandus
menjadi sumber inspirasi
meneruskan perjuangan yang masih berbaki
menyubur tekad
mengahadapi ujian yang takkan pernah putus
moga dengan rahmat kasih Ilahi
ikatan cinta yang bersemi
mampu dinakhodai dengan ketabahan
dan kecekalan hati
kerana hidup takkan putus dari ujian
tak mampu kujanjkan bahagia berpanjangan
yang mampu hanyalah
berusaha menjaga amanah yang telah diberi
dengan sebaik dayaku.....
Sumber: disini


Rabu, 2 Mac 2011

Semakin tinggi belajar...

Sedarkah kita bahawa semakin lama kita menuntut ilmu, seharusnya menyedarkan kita bahawa semakin banyak perkara yang sebenarnya kita tak ketahui??? Sebagai contoh, aku sendiri masih bergelar seorang pelajar.... Satu ketika dahulu aku menganggap bahawa pengajian bahasa bukan sesusah mana.... Namun, hari berganti hari, tahun berganti tahun, masih terdapat banyak lagi ilmu berkaitan pengajian bahasa yang sebenarnya tak aku kuasai..... Malah masih terdapat lagi teori-teori atau asas-asas dalam pengajian bahasa itu sendiri yang tak dapat aku fahami, malah langsung tak pernah ku dengari....

Semakin kita cuba mendalami suatu ilmu, maka semakin terdedahlah kita kepada salah tanggapan kita tadi... Iaitu, semakin lama, kita akan dapat melihat masih terlalu banyak untuk kita selami.... Teori pembelajaran bahasa kedua berjaya menarik minatku.... Namun adakah itu bermaksud aku semakin memahaminya??? Corak dan trend pembelajaran sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa... Andai satu keika dahulu, kita belajar melalui guru, namun kini anak-anak kita terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh menjadi sumber ilmu.... Malah terdapat lambakan sumber yang boleh menjadi pilihan....

Sedang kini, aku semakin kehilangan minat meneruskan pengajian.... Aku memerlukan semangat serta dorongan untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu..... Dan perjuangan yang paling utama ialah perjuangan dengan gelodak nafsu sendiri yang mendorong aku ke arah yang negatif...... Semoga mampu aku tamatkan apa yang telah aku mulakan dengan jayanya...... Dan terima kasih buat pembaca kerana sudi singgah membaca tulisan merepek tanpa tujuan begini....
source: http://alsgoesgreen.files.wordpress.com/2010/02/j0439527.jpg

SALAM.....

Selasa, 1 Mac 2011

Keputusan telah dibuat..

Akhirnya, hari Jumaat minggu lepas bertarikh 25 Februari 2011, aku menyerahkan surah pemberitahuan untuk tidak menyambung kontrak sebagai pendidik di Melaka.....Ada terlalu banyak faktor penyebab, dan pendorong terbesar keputusan tersebut adalah kerana ingin kembali ke kampung halaman ku....Permintaan ibu, perlu cuba kita penuhi selagi permintaan tersebut tidak melanggar mana2 hukum yang telah ditetapkan Maha Pencipta....Kemalangan kecil yang menimpa ibunda tersayang menguatkan lagi tekad betapa perlunya aku untuk dekat dengan orang tuaku selagi masih dikurnia masa untuk bersama mereka.... Diketetapan waktu yang tiada siapa mampu membaca @ mengagak bila tiba akhir masanya, maka pilihan perlu dibuat selagi mempunyai peluang...... Kerana, pabila mereka tiada, hanya yang mampu dihulur tanda kasih sayang kita sebagai anak....

Keputusan ini nyata agak sukar memandangkan Jun adalah bulan besar dalam hidupku.... Status yang bakal berubah memberi tekanan tambahan, memandangkan buat masa ini aku belum miliki sebarang alternatif kerjaya yang bakal aku pilih..... Sehingga ada teman menyatakan bahawa aku gila kerana membuat keputusan tanpa ada sebarang alternatif.... Tapi aku yakin bahawa rezeki ketentuan yang Maha Pemberi Rezeki.....Akan ku usahakan sesuatu sebelum Mei.... Semoga berjaya aku perolehi sesuatu dalam kekangan masa yang mendesak ini.....

Aku amat mengharapkan agar bakal isteriku, mahupun keluarganya memahami bahawa tanggungjawab terhadap orang tuaku perlu digalas oleh seseorang... Dan aku merasakan ini adalah peluang terbaik bagiku untuk mencurah sayang dan belas ku pada kedua orang tuaku.... Buat bakal keluarga mertuaku, bukan niat dihati untuk melarikan @ membawa anak kalian jauh dari kalian, sekadar mengambil peluang yang masih diberikan untuk aku manafaatkan untuk demi berakti buat ibunda dan ayahanda ku tersayang.... Hujung minggu lepas adalah pertama kali aku mendengar ayahanda ku menyuarakan hasrat hati untuk berhenti merokok..... Kuharap ada sinar positif dari tekadnya itu....

Selasa, 22 Februari 2011

Bangau.....

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
macam mane aku tak kurus,
ikan tak nak timbul...

Ikan oh ikan,
kenapa tak nak timbul?
macam mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat...

Rumput oh rumput,
kenapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.....

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan rumput,
perut aku sakit......
source: http://farm3.static.flickr.com/2215/2184166186_431163b0c6_o.jpg

Berlanjutan lagi sebenarnya lagu tersebut.... Namun cukuplah sampai situ jek aku tulis.... Apa tujuan aku menulis lirik lagu yang sangat kerap ku dengari pada zaman kanak-kanak ku itu??? Lagu tu sebenarnya mengajak kita berfikir tentang diri sendiri.... Kerap terjadi, apabila terjadi sesuatuyang tak diingini, dengan pantas kita menuding jarin pada orang lain.... Amat Jarang bagi kita untuk menyalahkan atau melihat punca silap itu dalam diri kita...

Signifikan lagu tersebut dalam kehidupan kita.... Benar setiap sesuatu itu ada sebab kejadiannya.... Dan tiap sesuatu itu tidak dijadikan dalam keadaan yang sia-sia.... Namun janganlah kita menyalahkan sesuatu yang lain andai ditimpa musibah.... Seolah diri tak mampu menerima hakikat qada' dan qadar yang telah ditetapkan..... Adakala kita telah berusaha sehabis baik, namun kecewa dipenghujung usaha tadi... Bukan bermaksud segala keringat yang telah dicurahkan tadi tidak bermakna, mungkin kerana terdapat cebisan riak didalam hati kita sewaktu melakukan berusaha....  tadi....

Sedarilah, setiap sesuatu ada sebab...Mungkin itu tanda bahawa kita terlupa pada DIA maka dengan rahmat dan kasih sayangnya DIA mengingatkan kita atas keterlanjuran kita..... Jangan sibuk mencari sebab pada orang lain andai ditimpa bencana, persoalkan diri kita apa yang sebenarnya kita terlepas pandang..... Bulan lepas umpamanya, dugaan datang bertimpa-timpa menguji hati..... Telefon hilang dan sebagainya, agaknya peringatan untuk aku, masa yang aku habiskan bersama telefon lebih sangat berbanding masa yang ku luangkan mengahadap DIA.... Juga mengingatkan aku pada pesan orang tua ku..... Aku bukan anak yang cukup taat.... Setiap kali nak memulakan kembara, pasti abah akan berpesan agar semua barangan penting dipastikan telah diletakkan ditempat yang selamat.... Selalu di tegur andai aku letakkan dompet "asal masuk" je dalam poket tanpa mengenakan butang yang ada....Dan aku kerap mengabaikannya.... Dan selepas kehilangan tersebut, terus je kene sebijik lepas balik kampung, "kan dah selalu pesan, letak barang tu kemas2.... Ada butang, gune bukan hiasan.."...dush3, direct hit yang kene kepala....tapi apa pun yang boleh aku buat, benda dah jadi... Redha je la dengar nasihat yang memang tepat ke batang hidung....

Tapi begitulah, tak dijadikan dugaan tu sia-sia.... mungkin rahmatnya, mampu kita refleksikan balik kesilapan, keterlanjuran hatta kedegilan kita selama ini...... Masa tak diuji, kita sering alpa dan lupa... Sekali ujian menimpa baru gheti nak ingat balik kat diri kita yang penuh kekurangan.... Fitrah insan... Benarlah kata bijak pandai, nikmat juga sebenarnya hadir sebagai ujian yang mana kita sering tewas dalam ujian kenikmatan....Kita lupa akan adanya DIA mengatasi segala..... Dan segala sesuatu itu datangnya dari DIA... CONTOHNYA: Waktu dapat kereta baru, kita merayau sampai lupa waktu. Dah tak ingat, zohor, asar, maghrib dan sebagainya..... Sekali diuji dengan kemalangan,  baru kita ingat balik nak sembahyang.... Kita lupa segala nikmat datang dari DIA, maka mengikut kehendakNYA, DIA mampu menarik kembali nikmat tadi....

So, sebagai kesimpulan, jangan lihat jauh kenapa kita diuji..... Lihat dalam diri, ujubkah kita pada kehebatan yang tak seberapa...Kerana, andai kita menuding jari pada orang lain, maka orang lain tadi pun akan terus menuding jari pada pihak lain... Mengapa sekali pun kita tidak mahu menyalahkan diri sendiri???
Perbaiki kelemahan yang ada agar mampu hidup harmoni....
Hidup penuh dugaan yang tersendiri.... 
Takkan berhentri kita diuji selagi nyawa di dalam diri..... 
Tanamkan azam, jangan berhenti.... 
Perbaiki diri semoga hidup lebih bererti...

Isnin, 14 Februari 2011

Kasih Sayang tanpa belah bahagi...

Salam buat pembaca...

Dalam agamaku, setiap hari adalah hari kekasih bagi yang halal....Buat pasangan suami isteri, setiap hari perlu dirai sebagai hari kekasih, tidak perlu melihat dengan perspektif Barat yang meraikan 14 Februari setiap tahun sebagai hari kekasih....Cukup coretan sebentar berkenaan hari kekasih...

Tujuan coretan kali ini lebih kepada kasih sayang dari insan yang bergelar ibu dan bapa...Dimana, sebagai anak, adalah biasa bagi kita untuk mengabaikan atau apa yang dikata "TAKE IT FOR GRANTED"... Jarang kita mensyukuri nikmat kasih sayang kedua orang tua kita....Saat kita tersedar pentingnya kasih sayang mereka, mungkin disaat itu segalanya sudah terlalu lewat buat kita untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka.... Disaat kehilangan, baru kita sedar betapa bermaknanya kehadiran mereka....

Dalam keadaan biasa, kita hanya akan menyedari betapa tinggi kasih sayang mereka tatkala kita sendiri bergelar ibu atau bapa.... Disaat itu baru kita dapat menyelami perasaan ibu dan bapa kita.... Kasih tak terlafaz, bukan bererti mereka tidak kasihkan kita....Malah adalah kebiasaan buat ibu dan bapa, hatta anaknya tadi telah bergelar ibu atau bapa sekalipun, melihat anak-anak tadi sebagai anak yang masih perlukan belaian, perhatian sama seperti mana masa kecil kita... Dimata mereka, kita tetap anak kecil mereka...Mereka tidak pernah menganggap kita sebagai dewasa...

Situasi yang sering aku alami...Abah akan sibuk menyuruh aku call setiap kali sampai destinasi.... Bertambah seriau lagi kalau anak yang sorangni tak call, pastu depan rumah tu bertalu-talu plak ambulan lalu... Mau nak gugur jantung orang tua tu... mengenangkan anaknya berulang alik naik moto KRISS100 dari Sungai Besar ke Alor Gajah hampir setiap minggu pun dia tak lena tidur....Sedang anaknya langsung tak kisah kan semua itu...pada aku, kalau tiada kepentingan memang aku tak call....Namun kepentingan bapa dan anak itu berbeza.... Anak hanya risaukan dirinya sedang ayahnya tadi risaukan anaknya.... Cukup sekadar satu lafaz "Saya dah sampai"..Itu pun dah sangat memuaskan hai tuanya....Jujur, pernah terdetik dihati ingin melakukan sesuatu yang baharu seperti mencari peluang kerjaya diseberang laut ...(bukan jauh mana, Sabah @ Sarawak jek....hehehe) namun kerana sifat kasih sayang orang tuaku, mereka melarang...Nampak seperti dikongkong, hakikatnya mereka risau, andai terlalu jauh dan aku ditimpa sebarang kesulitan, bagaimana cara mereka untuk menghulur bantuan..... Selain risau andai aku tak dapat melihat mereka diakhir sisa-sisa usia.... Sesungguhnya, jarak antara pembatas yang sangat diambil berat oleh ibu dan bapaku.... Dan kerana itu, aku amat berharap untuk mampu kembali ke kampung halaman ku berkongsi sedikit ilmu yang berjaya kuperolehi lantaran perjalanan jauhku sehingga kini disamping membina kerjaya disana....

Setiap apa yang aku lakukan seeloknya dirujuk kepada mereka untuk "approval"... Walau pernah rasa rimas dihati kerana tidak menyedari itu cara atau "approaches" yang mereka gunakan untuk menzahirkan sayang... Sungguh terlalu besar pengorbanan mereka... Disaat aku bakal memiliki diri sendiri ini pun, mereka masih menganggap aku sebagai seorang anak yang tak berdaya tanpa mereka....

Kerisauan mereka untuk kesejahteraan aku langsung tak pernah luntur.... Malah terkadang serasa seolah mereka lebih mementingkan aku sambil menghiraukan kepentingan mereka sendiri.... Dan aku tetap aku... Kadangkala gemar melawan.... Kerap kali terkasar bahasa... Terasa seronok mengingkari arahan dan permintaan.... Acapkali mengecewakan harapan yang diberikan... Sedang mereka memberikan kasih sayang tak berbelah bahagi kepada anak-anaknya.... Pernah rasa cemburu kerana terasa ada dikalangan adik beradikku mendapat perhatian yang lebih berbanding aku.... Walau aku sedari bahawa segala pemikiran burukku tiada asasnya.... Namun tak mampu aku tolak ketepi perasaan negatif dari terus menyelubungi diri... Sungguh jauh aku dari bergelar anak yang soleh buat orang tuaku...

Buat pembaca, kita adalah anak kepada ibu bapa kita, walau betapa besar sekalipun silap mereka, mereka tetap orang yang menyebabkan kita terlahir kedunia....  Kerana kita lahir di dunia, maka mampu kita mengecap apa yang kita kecapi kini.... Jangan sekali merasa bongkak hanya kerana pencapaian kita... Mungkin ibu bapa kita sekadar tamat sekolah rendah, atau langsung tidak bersekolah... Mungkin kita diabaikan.... Namun bersyukurlah kerana mereka, setidaknya kita mempu menjejak kaki kedunia... Sedetik masa berlalu, setapak kaki melangkah, berjuta pengalaman kita perolehi.... Tundukkan diri mendoakan kesejahteraan mereka....

Semoga mampu kita zahirkan kasih sayang kita buat mereka dikesempatan yang masih diberi... Semoga dapat kita menabur bakti buat mereka... Kerana aku yakin, redha ALLAH itu letaknya pada redha orang tua... Dan redha mereka membantu kita untuk meneruskan kembara di maya fana ini....  Semoga bersama, kita dapat menikmati indah hidup yang sementara....

source: http://cj.my/files/2010/04/parent-child-hands.jpg

Selasa, 8 Februari 2011

HIDUP DAN CABARAN.....

Hidup ada cabarannya
suka dan duka bergilir datangnya
menangislah andai diuji
tiada salah dalam sebuah tangisan
kerana kita insan biasa cuma
namun jangan disalahkan takdir yang menimpa
andai kau ditimpa sengsara
ingat bahawa ia tak selamanya
dan andai kau sedang bergembira
sedarilah ia tak kekal lama
kerana hakikat hidup sebentar cuma
jangan hadirkan putus asa dalam diri
kerana saat hadirnya rasa kesal itu
ketika itulah kita akan berhenti 
berhenti dari terus mencari hajat hati
berhenti mencari hakikat diri
berhenti berusaha demi kebaikan diri
adakala berundur itu perlu
namun bukan mengalah dek ujian yang melanda
mengundur demi  merangka strategi
agar andai ujian datang lagi
lebih bijak dalam menghadapi

Rabu, 2 Februari 2011

Sekadar Perkongsian Pengalaman....

Dalam kesibukan setiap dari kita menongkah kehidupan, mendepani cabaran di perjalanan, sering kita lupa pada amanah azali.... Termasuk juga aku... Sering terlupa pada tujuan aku diutus kesini.... Sering lalai, leka dan alpa... Dan kerana itu memerlukan orang lain untuk mengingatka kita...

Dalam menempuh kehidupan, kita bertemu dengan ramai orang yang turut sama mengharungi kehidupan sementara..... Dan aku sering melihat pertelingkahan antara mereka kerana kurangnya sikap menghormati sesama manusia... Bayangkanlah satu situasi, kita seorang pemuda yang memiliki kelayakan yang kononnya tinggi, memasuki seuah organisasi dan ada warga senior yang telah lebih lama berkerja tetapi kerana kurang kelayakan menjadi orang bawahan kita.... Apakah bermaksud kita perlu merenda-rendahkan mereka kerana kononya kelayakan dan ilmu kita lebih tinggi dari mereka??? Sedarlah bahawa, segulung ijazah itu andai tidak memiliki pengalaman adalah kurang maknanya.... Sebagai orang muda yang khabarnya berilmu, marilah bersama kita fikirkan, APAKAH AKAN KURANG ILMU KITA ANDAI KITA BERGAUL DENGAN MEREKA YANG LEBIH TUA TAPI KURANG KELAYAKAN SEPERTI KITA?, ADAKAH HINA KITA ANDAI BERLEBIH KURANG DENGAN ORANG DISEKELILING KITA?.....Pepatah orang lama, tak hilang bisa ular menyusur akar patut dijadikan pedoman buat kita bersama... Begitu juga buat warga-warga senior, walaupun pengalaman dipihak kalian, tak bermaksud apa yang kalian lakukan itu sempurna... Adakala kerana pengalaman yang "bertimbun", kita merasa segala apa yang kita lakukan bersesuaian.... Terlupakah kita bahawa kita ada banyak kekurangan, kerana itu darjat kita hanya hamba... Samada yang muda dengan kelayakan, atau yang tua dengan pengalaman, kita sebenarnya boleh saling melengkapi untuk hidup lebih harmoni....

Aku bukanlah terlalu hebat untuk menegur atau berbicara mengenai etika kerana ada ketikana aku pun huru hara..... Sekadar berkongsi rasa agar sama-sama kita mampu menjadikan hidup ini lebih ceria.... Satu hakikat dalam memberi pandangan, ianya  mampu diterima atau ditolak mengikut pandangan masing-masing....
source: http://www.arterimalaysia.com/wp-content/uploads/2009/06/graduate.jpg

Selasa, 1 Februari 2011

Mentari Muncul Lagi...

Setelah beberapa hari kau menyepi....
Kini kau hadir kembali....
Menyelak hari yang dibungkam sepi....
Menghangat diri insan insan yang sunyi....
Kau hadir bawa ceria....
Menghilang duka yang datang melanda...
Membuang resah dan khabaran gembira....

Namun itu adalah hari ini....
tiada kepastian yang kau akan menyinar lagi....
Mungkin esok kau akan kembali sepi....
Mungkin jua esok gerimis akan kembali....
Mungkin juga esok aku akan kuyup lagi....

semoga esok kau kan terus hadir....
meneman hariku agar tak kelam lagi....
menemani perjalanku....
menghangatkan hariku....
agar dapat bertemu insan yang menanti kepulanganku....
amin.....
sources: http://farm1.static.flickr.com/76/195444602_6f6a472c2f.jpg

Jumaat, 21 Januari 2011

Dugaan lagi...

Salam...
Nampaknya dugaan aku minggu ni x selesai lagi....Tiub tayar moto bleh pecah plak... Mujur la bocor kat head jek so angin tu slow jek kuarnye... Credit to Wan Malim sebab membenarkan aku pinjam pam angin untuk menampung sebelum sampai bengkel.... Nak tukar tubeless, skang ni mmg bajet da lari sgt so kene tggu gaji mggu depan la nampaknye..... Petang ni aku akan meneruskan kembara untuk kembali ke negeri kelahiranku.... Semoga agenda hari ini dipermudahkan....

Dan  aku pn baru jek dapat pertambahan jadual... Ada satu lagi kelas dipertanggungjawapkan kat aku..so makin busy la nampaknye.... Tapi takpe la, ni sebab my colleague ada skit complication ngan her pregnancy...Just wishing that she could take and bear with it.... Sebab aku tak dan takkan mengandung, so i could never imagine how the feeling, it just that i really hope her and her baby's safety.... You an do it Deqna.....come on babeh.....hahahahahaha

Jap lagi nak merempit....Harapnye semua selamat dan selamat juga tiba ke destinasi.....aminnnnnn......

Isnin, 17 Januari 2011

aku ilang hp...

Hari ni aku agak bengong skit sebab kehilangan khazanah yang aku sayang walaupun dah buruk dan patut ditukar, tapi sebab nak tukar tu x best langsung.... Aku datang kerja dengan separuh hati, fist class aku batalkan dengan selamba, 2nd class aku pn x tau ape aku merepek sepanjang sejam tuh.... Dah masuk petang baru ok skit walaupun hakikat masih mengharap oarng ang jumpa tu tlg la hubungi aku....aku perlukan sgt dan aku sanggup bayar for my own phone... Orang kata dah patah ke, dah penuh calar ke aku pedulik hapa sebab harta aku gak tu.... Aku tak kesah kalau orang yang jumpa tu nak habiskan kredit aku ke, buat la asalkan dipulangkan....aku tak leh nak harap lebih...kalau nak jual takde harga da tu sebab selain dari skrin calar, casing pn dah terbarai.... keypad pandai stuck at anytime lagi....senang kata patut dari 2 tahun lepas lagi status wajib tukar tuh da ada, tapi sebab ada agenda lain, maka aku pendam kan jek..dan dipertengahan bulan, disaat ak tgh menyimpan kaw-kaw ni plak bende ni jadi...mmg tensen aku dibuatnye...semoga aku diberi kesabarandan ketabahan......................

Jumaat, 14 Januari 2011

Pengalaman semalam...

Semalam, seperti sepatutnya pada semester ini, perlu menghadirkan diri ke kelas Pragmatics di UPM... Bermula hujan dari jam 1 tengah hari di Alor Gajah... Hati mulai rasa bahawa perjalanan hari ini mungkin akan mengahdapi ujian kehujanan... Dan tepat seperti yang telah dijangka, aku kehujanan dari tol Simpang Ampat lagi....dan aku berhenti di R & R pedas Senawang setelah meredah hujan...dan disebabkan khuatirkan keselamatan diri sendiri andai aku teruskan juga perjalanan ke Serdang, maka perhentian itu menjadi agak lama.... Dan pada ketika itu terasa bestnye andai menggunakan kereta... Namun memandangkan ada hajat yang perlu dikejarkan dengan segera, maka kehendak hati untuk selesa terpaksa dikorban...

Untuk mendapatkan sesuatu, ada perkara lain yang perlu dikorbankan. Bagi aku, untuk mengumpul duit dalam masa segera, maka keinginan hati untuk memiliki kereta terpaksa dikorbankan...  Dan termasuk juga hajat hati inginkan sebuah motosikal baru terpaksa kupendamkan buat sementara waktu... Hidup penuh pengorbanan yang dalam sedar atau tidak terpaksa kita lakukan... Dan selagi hiduplah kita perlu membuat pilihan tentang apa yang lebih utama dalam meneruskan kelangsunan hidup... Walau hati terdetik rasa cemburu melihat teman-teman lain meneruskan kehidupan tanpa perlu pening memikirkan apa yang mejadi permsalahan bagi aku, tapi aku sedar setiap insan tak lari dari permasalahan... Teman-teman ku tetap mempunyai permasalahan mereka yang tersendiri walau mungkin tak mampu kufahami dan mengerti...

owh, dan aku melalut mengenangkan hari ini mungkin sekali lagi terpaksa menempuh hujan untuk meneruskan perkelanaan.........

Selasa, 11 Januari 2011

Hypocrisy


We want to be known
We want to be recognised
We want to be understood
We want to be remembered
We want to be everything that we possibly be
But we forgot to known others
We forgot to recognised others
We forgot to understood others
And we forgot to remembered others
All we think is just about ourselves
Then how would we expect others to treat us well???
We are such a freak that only cares about ourselves
We are such a jerk though we aren’t able to see it
We always came out with such a lame excuses
We always think that we are better than anyone else
But yet we still that we have done something good
Instead we have created more harms than being helpful
Treat others well first and never expect they would
Just beware of our own behaviour instead of others.....

-karya sesuka hati dikala perut berbunyi-bunyi...hajat hati nak gi makan terpaksa ditunda sebab kehujanan malam tadi....tapi kepala sempat lagi bermain ngan jari....maka terhasillah karya sesedap rasa alias syok sendiri....ada rasa mcm tak lengkap tapi tak mampu nak menyambung lagi....kikikiki

Selasa, 4 Januari 2011

NEW YEAR RESOLUTION...

source: http://www.downloadatoz.com/wallpaper/images/firework5.jpg

rasanye tak pernah betul2 berhajat nak berazam tahun baru, tapi kali ni buang tebiat skit...hahahaha
antara azam yang harap dapat dicapai tahun ni:
  • menamatkan zaman bujang
  • menamatkan perantauan (berkelana)di bumi melaka
  • hajat hati nak berkenalan dengan superbike..entry level pn jadik (dah kate berkenalan...hehehe)
  • setelkan study sarjana....dah tak sanggup lagi kat level ni, tapi malasnye tinggi lagi ni....
  • meneruskan usaha di kebun....kalau boleh nak explore sayuran lain yang boleh ditanam kat kebun tuh....
  • nak kuruskan badan tapi still suke malahap lagi so entah mcm mane nak tercapai ni tak tau la...
ada lagi hajat lain tapi ni pn belum kompom mampu dicapai...takpe, hajat da ada, kene usaha lebih....