Jumaat, 29 Jun 2012

Selipar Terbang Sendiri....

Selipar hilang di masjid???
Pasti ramai yang pernah jadi mangsa....
Malah mungkin lebih menyedihkan lagi bile hilang kasut yang nilaiannye ratusan ringgit...
(tetibe rasa nasib baik aku tukar selipar tadi..hehehehe)
sedih mengenangkan orang g masjid sebab nak beramal,
tapi ada segelintir g masjid sebat selipar orang lain....
Dan turut menerima nasib yg sama adalah seorang saudara dari negara afrika...
Yang tak boleh blah tu bila boleh pulak saudara tu cakap kat aku
"I don't want to take others shoe or else I would make other people face the same situation as I am now..."  
Agaknya mamat ni dah tengok ada orang lain dengan selambe je sebat selipar orang lain kerana selipar dia kene sebat kot...(andaian sahaja tu...)
Aku tak kesah sgt sebab selipar aku yg hilang tu selipar buruk je kot,
cume kalau anak muda yang buat perbuatan tu,
sadis la sebab muda-muda dah mencuri...
Kalau orang tua pulak yang mencuri, lagi sedih sebab dah tua-tua pun tak sedar diri lagi....
Kita susah payah nak pergidengar khutbah (elok dah tu), tapi kita akhiri dengan perbuatan menganiaya orang lain plak...
Aduhai malangnya...
Apa sekalipun, aku berharap semoga sempat manusia yang melakukan perbuatan ni menyesali perbuatannya...
Dengan mencuri selipar tak boleh kaya pun...
Tapi nak menghadap hidup selepas mati nanti, yang kene difikirkan...
Setiap amalan akan diperhitungkan...
Dosa dengan Allah, kita boleh istighfar...
Boleh solat taubat dan macam-macam cara lain...
Tapi dosa dengan manusia kene carik balik siapa yang kita aniaya ataukhianat tadi...
Dalam situasi masjid yag beratus orang orang datang,
minggu ni mungkin orang yang kita curik kasut tu ada..
Kot minggu depan dah takde...
Macam mana nak minta ampun tu???
note: ni bukan selipar aku yang hilang tu...aku pirate je gambar ni kat internet di sini...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Lama rasanya tak merapu...
Sebenarnye takde niat nak post entry, tapi bila mengenangkan reaksi saudara dari afrika tu, maka aku pun berkongsi la ape yang aku rasa dari pandangan mata ku sendiri... Lagi satu, aku jadi malu sendiri mengenangkan perbuatan keji yang berlaku dimasjid macam ni.... Kerana dengan selambanya pencuri tesebut mencuri di masjid yang kita sebagai muslim ibaratkan sebagai rumah Allah di bumi... Kalau di masjid pun boleh mencuri, entah macam mana agaknya bila jauh dari masjid???

Rabu, 27 Jun 2012

MATI

Mati yang pasti menjengah,
Cara mana masih tak pasti,
Saat tibanya juga belum ketahuan lagi,
Apakah dalam lena atau dalam lalai?
Dalam mencari redha atau sibuk ditengah murka?

Dengan pertambahan usia,
Makin hampir kita pada janji Yang Esa,
Semakin pendek waktu berbaki,
Dalam mencari dan memahami hakikat insani...
Apakah bertemu dengan apa yang dicari?
Ataukah hanya kebuntuan melingkari?

Setiap yang bernyawa pasti akan mati,
Kerana segala yang ada hanya pinjaman,
Yang perlu dikembalikan pada Yang Abadi,
Hanya Dia sehebat-hebat kewujudan...

-----------------------------------------------------------------------------------
Owh, nampaknya aku merepek lagi,
Tetibe terkenangkan mati,
Puncanya hanya kerana terbaca tentang seekor labi-labi,
Lonesome George nama diberi,
Namun 'kau' bertuah kerana tak dipertanggungjawabkan 'disana' nanti,
Sedang diri ini pasti akan menerima dihisab nanti,

Dengan aku yang cukup pasti,
amalan yang disediakan tak mampu membela diri,
Cuma mampu mengharapan kebesaran rahmat Tuhan....
Benar diri ini terlalu banyak noda dan dosa,
Bermaksiat dalam sedar juga dalam leka,
Namun bertuah dengan kehadiran sahabat dan teman,
Yang banyak mempengaruhi ke arah kebaikan....



Rabu, 20 Jun 2012

Muhasabah Diri

"Perjalanan ini takkan terhenti selagi jasad masih bernyawa. Maka manfaatkanlah segenap masa yang masih bersisa..."
Mendepani hari mendatang, dengan keazaman menjadikan silam yang penuh noda sebagai pengajaran... Benar aku pernah tersilap, terleka dan terpana pada keindahan dunia, sambil dipacu nafsu yang sentiasa mengoda... Benar aku pernah rebah dek hasutan hati yang berbolak-balik...


Sedarlah diri bahawa Yang Esa yang masih lagi memberikan peluang untuk memperbaiki diri... Silam yang kelam itu mengajarku untuk bangun... Kerana dihadir teman-teman disekeliling mengajar dan mengajak aku untuk bangkit... Serta keluarga yang tak pernah henti memberi sokongan dan peluang... Dihadirkan insan-insan yang mengingatkan diri bahawa hidup ini sementara... Mencari bekal untuk menghadapi kehidupan "disana"... Kerana sekadar amal soleh, takkan mampu membayar hatta harga sebelah mata... Maka bagaimana mungkin untuk mengharap pada syurga Yang Esa? Tak lain tak bukan dengan berusaha mencari redha...Namun nafsu masih terus menggoda... Mungkin kerana banyaknya titik hitam yang telah menenggelami hati... hingga sukar untuk ku terus istiqamah dalam perjuangan ku...

"Hidup ini satu perjuangan dan perjalanan dalam mencari redha. Jangan berhenti kerana andai kita berhenti berusaha, maka akan jadi terlalu sukar untuk mengekang hasutan dan fitnah dunia"... Masih terngiang lagi pesanan padat dari seorang ustaz yang ku hormati kerana santun bicara ketika memberiku nasihat... Yang paling berbekas dihati adalah apabila ustaz tersebut berkata, "salah satu tanda Allah menginginkan kebaikan buat kita adalah dihadirkan insan-insan yang mengajak pada kebaikan dalam hidup kita... Insan-insan yang akan menegur bila kita tersilap,  yang akan mengingatkan tatala kita terlupa, dan ada hikmah dibalik tutur kata yang dilafaz... Jangan pandang pada siapa yang berkata-kata... Mungkin orang itu anak kita, atau mungkin latar belakangnya lebih rendah dari kita, namun yang lebih utama adalah memahami dan mengambil pengajaran pada nukilan kata-katanya..."

Sesungguhnya, kata-kata ustaz tadi umpama batu yag dilontar tepat ke kepala ku... Bait-bait yang tersusun lembut, nyata menyentak egoku yang sering kali merasa aku sudah cukup hebat berbanding yang lain... Latar belakang pendidikan ku lebih hebat berbanding yang menegurku... Hebat rupanya insan-insan disekelilingku... Menegur dengan hikmah walau kadangkala pernah juga aku dicaci maki... Namun itu mungkin kerana aku juga sering mecaci maki mereka yang lain...

Sebenarnya ada banyak lagi yang ingin dikongsi, termasuk juga pengalaman sepanjang hampir dua minggu di al-Haramain.... Namun kerana ketandusan idea, maka mungkin pada entry lain pula....