Isnin, 29 November 2010

Minggu baru..

Minggu ini secara rasminya statusku telah berubah.... Walau terdapat beberapa masalah namun segalanya selamat berlangsung dengan jayanya... Terima kasih buat ibu tercinta yang telah membantu memudahkan urusanku... Terima kasih juga buat abah yang sangat menyokong...

Status berkebun plak, hujung minggu masih macam biasa.... Aktiviti kebun berlangsung... Ada la gak rasa tensen bile tgk ada ulat menyerang pokok2 yang penak ku jaga, namun apakan daya, semuanya ujian dari DIA... Minggu lepas gak aku berjaya menunaikan janji untuk membuat batas serai utk nenek... Walau xseberapa tapi aku sangat2 bersemangat untuk melunaskan janjiku... Awal pagi sabtu setelah keadaan tenang aku pon menukar pakaian ke kebun untuk melaksanakan projek serai kecil2an...insyaAllah andai diberi kesempatan akan di 'besar' kan lagi projek yg kecik ni.... Hajat nak tambak sikit batas untuk buat batas peria plak yang kandas sebab sibuk meracun serangga dan rumput yang dah makin semak tuh... Kesibukan hujung minggu ditambah dengan jemputan kenduri yang banyak sangat2 time consuming..... Campur ngan meeting adik beradik kat rumah kak long lagi..hahahaha

Tapi apa pun, mggu lepas berjalan seperti yang dirancang...Walau terdapat banyak lagi kesilapan dan kekurangan yang boleh diperbetulkan dan diperbaiki....Hidup penuh ranjau berduri... Sejauh mana perjalanan yang bakal ku lalui tidak ku ketahui.... Namun lakukan yang terbaik dengan apa yang ada di tangan.... Merancang itu perlu, tapi jangan kecewa andai hajat tidak kecapaian....

CITA-CITA & CINTA

cita2 dan cinta..
keduanya pendorong dalam kehidupan,
cita2 menentu landasan yang menjadi pilihan,
sedang cinta membantu menuju cita,
walau saling berkait,
namun tetap keduanya berbeza,
bergantung pada tafsiran insan tentang apa itu cita dan cinta,

cita2 dan cinta,
kerananya lah aku masih teruskan perjuangan,
tabahkan hati walau payah,
redhakan diri walau susah,
kerana hidup tak pernah mudah,
kerana hidup memang payah,
kerana hidup ini suatu ujian,
walau berjaya, jangan megah,
walau tersungkur jangan terus rebah,
mara menuju cita2 dan cinta,
moga akhir perjalanan nanti,
mampu ku gamit cinta yang satu...
moga mampu ku kecap cita2 dan cinta...

Khamis, 25 November 2010

Kebun...

Salam....

Actually nothing new, just that I want to share some of the picture bende2 lain yang ada kat kebun yang saban minggu jadi objektif balik kampung...hehehehehe

nenas varieti Josapine

pisang berangan

pisang nangka


kelapa matag

pokok tongkat ali

varian lidah buaya

pemandangan yanga agk luas skit


cempedak

nenas varieti maspine

nangka madu

serai

 

sedikit info pasal pokok2 yang ada kat kebun aku ni..

Pisang

Family: Musaceae 

Scientific Name: Musa paradisiaca 

Kelapa

dari varieti hibrid yang dihasilkan daripada kacukan Kelapa Randah Malaya dengan kelapa Taganan.

 Tongkat Ali 

genus: Eurycoma

Scientific name: Eurycoma Longifoli

aka Long Jack juga dikenali sebagai Pasak Bumi

Serai

Family : Posaceae 

Scientific Name : Cymbapogon atratus

Nangka

Family: Moroceae

Scientific name: Artocarpus Heterophyllus

Cempedak

Family: Moroceae 

Scientific name:Artocarpus integer, Artocarpus chempeden, Artocarpus polylhema Pers

 

~p/s-thanx to internet...at least  dapat gak shar skit knowledge...hehehehe

-khairi-

 

Selasa, 23 November 2010

Minggu ini...

Minggu ni kalau ikutkan agenda penting hari sabtu...Terima kasih buat mak dan abah tercinta kerana melunaskan hajat anak bongsu kalian in...walau hatiku diulit bimbang kerana tanggungjawab bakal bertambah sikit masa lagi, namun hidup adalah proses pembelajaran... dan jangan malu belajar kerana proses itu tidak terhad kepada kita belajar dengan sesama manusia, malah dengan melihat alam kita dapat belajar sesuatu....(aku dah start merapu)..hahahahaha

Hari ni agendaku masih seperti semalam... Tiada apa yang signifikan utk dikongsi...Esok perlu menghadiri mesyuarat validasi markah di UiTM Jengka.... Apa yang akan berlaku aku masih lagi clueless.... Tapi x kesah la ape pn, sebab aku bukan kene drive sendiri, ada driver kolej disediakan dan aku pn bukan pergi berseorangan... mungkin akan ada material menarik untuk dikongsi di ruangan ini nanti...mungkin...hehehe

Hari khamis nanti kalau ada peluang akan di update lagi ruangan ini sebab jumaat kalau tiada aral akan bercuti kerana membuat persiapan terakhir sebelum berubah fasa kehidupan....moga dipermudahkan urusanku dan dicepatkan masuk gaji ku...kekekekeke...

Isnin, 22 November 2010

Sekujur Tubuh Itu....

Sekujur tubuh itu
Terkujur lesu
Terbaring kaku
Menemui takdir
Memenuhi ketetapan waktu
Walau hati terasa sayu
Terkenang pelbagai memori lalu
Saat sekujur tubuh itu
masih bermaya ceria
Saat sekujur tubuh itu
masih mampu memberi reaksi
namun, kini semua telah berlalu
walau kesedihan bertalu
tak mampu mengubah sebuah ketetapan
sekujur tubuh itu
takkan mampu kembali bernyawa
walau diri ini merana kerana pemergiannya
hakikat itu
walau pahit harus ditelan
walau terasa kehilangan
kerana diri ini nanti kan turut kaku
terkujur seperti sekujur tubuh itu
Cuma belum pasti detik waktu
Bila pula kita kan terkujur lesu

Selasa, 16 November 2010

FLOWER BUD...

Without letting anyone notice
Your tears spilled and blended with your sweat-covered smile
That's why I don't know of your tears
Having never been extinguished
it was lighting up my heart
I received from you the tender light
proof of unconditional love

While being enveloped by the gentle spot under the sun
i whisper into your back even if a day like this comes again
surely, surely, surely,
even if you would be able to understand
vanishing and blooming
this year too the flower bud is waiting for me
the petal dancing in the wind that my palm can't grasp
stops on the shoulder lightly
skillfully riding it and showing a smile,
i remember you by myself

in the valley of buildings,
sometimes buried dreams bud too isn't that what makes flowers bloom?
you can't choose where your dreams will blossom
the silhouettes we dropped on this town,
they're all looking for the light even as time overlaps
and flows over itself
surely, surely, surely
the day we grow out of this will come

on the breeze less track,
the beautiful sky of May feels blue and lonely
the motionless scattered clouds will always be floating
With no place to return to anymore
Just like me in the whispering wind
it dances to the ground with a flash of my tears

On the verge of dropping,
once more the re-opening petals are like you,
that gave silent encouragement countless times
grasped by these hands

vanishing and blooming,
this year too the flower bud is waiting for me
even now i still can't grasp the dreams I painted with you
Stopping right beside me
Opening gracefully just like a smile,
i keep looking for the flower bud, in the sky
as i am looking for it in you....

~khairi~

Isnin, 15 November 2010

Secarik Pengalaman

secangkir kopi,
secubit gula,
secarik rasa,
hidup di realiti,
ada suka,
juga ada duka...

menghampar pengalaman,
mencari pengertian,
meneruskan perjalanan,
walau mungkin tak kesampaian,
jangan jatuh dek halangan,
kerana di depan masih ada impian,
masih banyak lagi laluan dan pilihan....

tak pernah dijanjikan hidup ini mudah,
banyak rintangan perlu ditempuh,
namun jangan mudah menyerah,
walau pengalaman itu payah,
namun diperjalan banyak yang indah,
jangan pernah terlintas untuk mengalah....

Isnin yang damai...

Salam buat pembaca atau pejalan yang melintasi blog ni... Thanx buat yang sudi menjenguk...

hari xde pape sangat yang nak diupdate pn... Sekadar mencerita apa yang berlaku pada hujung miggu yag kurasakan amat singkat kali ni... Seperti sepatutnya, kalau meeting yang terlajak sehingga ke jam 6 enam petang, akan menyebabkan aku terlewat bertolak untuk balik kampung... Ditambah dengan cuaca yang sejuk semacam plus kalau naik moto Kriss 100, bawak pn antara 80-90km/j so tempoh waktu perlajalanan yang ditambah dengan membeli belah kat sri kembangan dan berenti makan adalah antara 5-6 jam dari Melaka ke Sg. Besar... So, Jumaat lepas aku sampai kampung mmg da dekat tgh malam...halangan2 standard tersebut ditambah lagi dengan road block mungkin utk atasi masalah samseng jalanan kat area Sekinchan tuh... maka waktu perjalanan ku itu amat memenatkan... Hari Jumaatku burn begitu sahaja selepas tamat waktu kerja...masa diperuntukkan hanya diatas jalan raya... Tiada aktiviti rutin bergurau senda...

antara kelapa yang berada di kebun
antara pemandangan di kebun skang ni...
Hari sabtu adalah hari temu janji dengan kebun... Tapi sebelum menjenguk kebun, keliling rumah lebih aula di bersihkan dulu.... So jadual pepagi meracun rumput kat depan rumah, raya da nak dekat, rumah macam semak, gile malas anak bujang... Nak menebas ngan mesin rumput malas nak g beli minyak so option yang ada racun jek...kompom2 mati rumput tu... FYI, racun rumput ni ada 2 jenis: glyphosate  (untuk yang tak tau, kalau gune glyphosate ni rumput tu mati lambat..cume bagus sebab akar pn akan mati dan lambat baru rumput tuh hidup kembali)... dan paraquat (bahasa orang kampung racun cepat mati, tapi akarnye still xterjejas sgt)... Kalau gune paraquat mmg kalau meracun pagi, ptg da layu da rumput tuh...berbeza ngan kalau gune glyphosate, seminggu lebih baru nampak kesan...banyak keje pagi, so "janji temu" denga kebun di tunda ke selepas asar...

Lepas asar....

aku dengan racun serangga....
maka setelah ditunda jadual dengan kebun, lepas asar aktiviti yang telah dijadualkan dua minggu sekali pn akan dilaksanakan... Berteman ibu tercinta, tong racun manual dan racun chlorpyrifos+ cypermethrin (racun serangga)... Kepenatan kerana mengusung dan mengepam tong racun tersebut umpama hilang tatkala melihat buah dan pohon yang subur... Xsia2 menabur bakti pada tanah...syukur hanya pada DIA mencipta alam dengan segala nikmat... Kepuasan dalam bertani bukan hanya pabila mendapat hasil nanti, tapi melihat tanaman yang ditanam hidup subur tanpa gangguan merupakan antara kurniaan besar...
antara hasil...tapi ni bukan pisang kat kebun, ni kat bendang....(aktiviti ahad)hehehe
membakar semangat
melihat pokok2 yang ditanam hidup subur... terasa bahagia di hati, walau tak ramai yang fahami...

anak pokok pisang yang sihat...sampai masa perlu dipecahkan lagi...
hari ahad diisi dengan aku menyiapkan bahan2 utk "ehem2"...(khusus buat yang tahu, yang xtahu xperlu rasanya diberitahu...ahaksss)...so petang aku melihat2 kawasan bendang... Banyak juga pisang yang ku tanam sedang dalam peringkat membuahkan hasil.... Tergambar syukur melihat hasil tanganku...Selain dari pisang, durian yang ditanam hampir sepuluh tahun lepas turut mula berbuah walau hanya sebijik, tetap kupanjatkan syukur kerana pokok tersebut berjaya berbuah setelah sekian lama.... Pohonan cempedak yang rasanya baru melepasi musim berbuah tahun ni turut mengeluarkan bibit2 buah.... dan dalam perjalanan ingin kembali ke rumah dari bendang, aku menyaksikan keindahan alam ciptaan MAHA ESA.... (FYI: bendang juga disebut sawah padi)
Maha Suci Allah Tuhan sekelian alam dengan segala kebesarannya... hanya DIA layak disembah dan sifatnya ESA. Sesungguhnya DIA satu-satunya, tiada yang kedua atau yang ketiga....

Jumaat, 12 November 2010

PUISI BUAT TEMAN.....

Sedang diri mengejar impian
Ada harapan yang berkecaian,
Ada hati yang dilukakan,
Ada insan memendam perasaan...

Taksubkah aku pada impianku?
Hingga mereka meninggalkanku?
Atau selama ini hanya ku beri harapan palsu?
Terpana diulit mimpi lenaku?

Atau mungkin egoku melangit tinggi?
Semakin hari, semakin aku lupa diri,
Terpesona keindahan keasyikan duniawi,
Lena diulit mimpi walau kesiangan hari,

Ku harap pada bisikan teman,
Memberi bantuan di sebuah perjalanan,
Menunjuk jalan kearah kebenaran,
Agar kusedar ku tidak keseorangan,
Dalam menempuh cabaran dan dugaan...

Namun diriku tak layak menjadi seorang rakan,
Kerana asyik leka kelalaian,
Menjadi teman hanya dikala kesenangan,
Saat menderita tika aku diperlukan,
 kutinggal teman ku keseorangan...

maafkan ku wahai insan bergelar sahabat dan teman,
kerana diriku penuh kekurangan,
tak mungkin mampu ku gapai kesempurnaan,
namun ingin ku ungkap sebuah ucapan,
terima kasih kerana sudi menjadi rakan di perjuangan,
dan ku doakan agar kalian di beri kesejahteraan,
walau diri ini pernah melukakan....
Ku harap masih ada yang sudi menjadi teman...
  

Pagi gerimis...

Hari ni aku terkena dek degil tak nak dengar kata hati.... Tadi time nak kuar g opis, tengok kat luar mendung semacam, hati suruh pakai raincoat tapi aku kate xsampai seploh minit kalau merempit so ape la sgt... Lgpn x gerimis pn lagi time aku kuar tuh... so bajetnye sempat la sampai opis... sekali, ada la lagi 4-5 km mcm tuh nak sampai opis, hujan turun dengan agak lebat...dalam hati aku berkata "padan muke degil sgt"....hadeh, separa kuyup la gak nak menyampaikan opis tuh...hari2 camni la aku rasa untungnye bawak kete... tapi bile cuaca nyaman plak, rasa bestnye bawak moto...
 ni gambar kat parking lot depan opis aku..igt nak capture sebijik2 ujan yg turun, tapi sebab pakai kamera low-end so ni je la yang termampu...tapi seyes, bie tgk gambar ni x nakpak cam hujan plak...hehehehe
"Xpe2, tabahkan hatimu wahai khairi..."
"sabar dan tabahlah.."
"semua ni hanya ujian dari DIA..." 
"Kurangkan mengeluh, kurangkan merungut...." 
"banyak merungut nanti hati tak ikhlas..."
"bile hati x ikhlas sifat2 mazmumah lain cepat je menguasai diri"
bermonolog memujuk hati.... Lalu hari ini bakal diteruskan seperti biasa... Cuma pagi ni akan di penuhi dengan aktiviti yang merapu, belah petang (selepas solat jumaat akan ada mesyuarat jabatan)... dan lepas mesyurat, motor abang ipar ku itu akan ku rempit untuk kembali ke Sungai Besar, Selangor kerana waktu aku berdating dengan kebun bakal menyusul esok...

"wahai kebun, kau nantikanlah kehadiranku menabur bukti di tanahmu, membantu menghijaukan lagi alam ciptaan DIA... disamping mencari setitis nikmat dapat bersantai bersama ibu tercinta yang setia meneman anaknya ini di kebun..." 

ni gambar awal2 berkebun dulu...time pokok2 baru ditanam...
Disamping hiruk-pikuk kehidupan yang kulalui sehari-hari, ku temui damai andai dapat ku bersendiri melaksanakan kerjaku di kebun... Jauh dari suara-suara manusia... Yang kudengar hanya suara alam... melihat ikan putu dan haruan yang ku biarkan berenang-renang di sepanjang parit yang sememang digali buat mereka...begitu besar nikmat anugerahNYA... Walau ilmu bertani bukanlah ilmu yang ku tuntut di menara gading selama hampir tujuh tahun ni, tapi aku amat meminati bidang ini... mungkin sekarang ada la kaitan skit sebab aku belajar di UPM dan berkerja di satu kolej yang fokus kepada bidang perladangan dan pertanian ni...tapi still xde kene mengena dengan apa yang aku buat dipejabat...hahaha

Dikala para ini ditype, nampaknya hujan makin lebat... Maka hajat hati nak breakfast pn terkandas, hanyut dibawa hujan pagi...Xpe2, jap lagi terus g brunch jek..jimat skit... Celah mane nak save kalau nak makan 3 kali sehari... So bajet kene kontrol, 2 kali jek makan sehari... Kalau bleh makan roti termasuk dalam 2 kali makan tu... So sekali sehari jek makan berat... Ni pasal nak kontrol kg yang mencanak-canak naik sejak abes degree....hahahaha

-p/s: cukuplah dulu merapu pepagi ni sebab ada tugasan lain plak...kalau berkesempatan sebelum rehat solat jumaat akan diupdate ape yang patut...hehehe
~khairi~

Khamis, 11 November 2010

Riwayat aku...

Sebelum aku memulakan kerjaya di Alor Gajah ni, aku merasakan sangat lah best andai dapat kerje di Melaka... Kenape??? Sebab dekat je dengan KL kononnye.... Dan selepas grade dulu mmg aku berhajat nak bina kerjaya di Melaka.... Orang kate kat Melaka ni rumah & tanah murah.... betulke??? entahle sebab aku pn xpernah survey berie...name je dah masuk bulan ke 4 kerje kat Melaka, tapi yg aku pusing Alor Gajah je la...paling2 pn Tesco Cheng, tapi tu pn leh di bilang ngan jari berape kali aku menjengah kesane.... Bandar Melaka??? Xsyok merayau sorang.... So konklusi dan penyelesaian mudah, tiap minggu aku balik selangor... Kalau aku x balik kampung melawat kebun sekangkang kera yang aku usahakan pn akan aku lepak di puchong merempat di rumah kakak ku... (wahai kakak ku tersayang, maafkanlah adik mu yang selalu sangat menyemak ini....) Waktu kuliah jangan di kata sebab aku mmg akan balik melawat UPM terchenta seminggu sekali....hahaha.... Pasal duduk melaka ni plak, lepas menetap di Alor Gajah, baru aku sedar, aku xreti duduk kat area mcm ni.. Terasa macam x meriah hidupku...

Sorry dear, nampaknye skang bakal suami mu ni telah beubah pikiran... Yang mana skang ni aku sangat berharap dapat kembali ke negeri asalku untuk membina kerjaya yang cemerlang, gemilang lagi halal buat memberi kamu nafkah wahai bakal isteriku... Dan aku harap kau sanggup mengikuti ku... So, andai dirimu bace post ini wahai bakal isteriku, persediakanlah dirimu untuk turut bergelar warga Selangor Darul Ehsan...hehehehe(tu pn kalau bakal isteriku itu bukan orang Selangor, kalau orang Selangor, bagus lah sebab senang nak balik kampung bile raye...ahaksss) (mode=berangan macam ada sangat orang yang baca nukilan ni...hahaha)

Lima tahun aku bergelar warga Johor atas tuntutan menuntut ilmu, xheran pn nak balik kpg selalu...senang cite langsung xde nak homesick2 ni...tapi bile dah berkerjaya lain plak ceritanye..jangan ditanya kenape sebab aku pn tgh fikirkan jawapan kepada persoalan tuh.... yang x tahan ade plak member menganjing aku dengan kata aku jadik mcm tu sebab gatal sangat nak kawen.... hidup berkerjaya ni xde membe2 sgt so jiwa kacau....apakah????

Takpe2, skang ni pn kontrak ada lagi setengah tahun...kejap je tu kan??... belajar pn ada lagi satu semester jek..asal x kandas kt mana2 lah....hahahaha... so if everything goes according to plan, by 1 July aku harap akan dapat kembali menabur bakti di negeri kelahiran ku...

-p/s: kalau pembaca ada kabel mane2 keje kosong yg sesuai, tlg roger..hahahaha
~khairi~

HIDUP....

Hidup penuh pilihan...
Hidup penuh kejutan...
Hidup penuh ketidaktentuan...
Hidup penuh perumpamaan..
Hidup ini ada turun naiknya...
maka jangan sekali putus asa selagi hidup...
walau jatuh tersungkur...
hatta tersembam dan tergolek dilanda ujian...
kerana itu petanda kita hidup...
andai diberi kekayaan atau kejayaan...
baru kita terasa patut bersyukur...
malah lebih malang ramai yang terus lupa pada DIA...
sedang...
walau kita di uji...
kita masih diberi satu nikmat besar iaitu HIDUP...
masih ada mampu kita lakukan selagi hidup...
masih ada daya usaha yang mampu dilaksana...
pilihan itu masih ada...
kemampuan itu masih diberi...
tapi beringatlah semasa hidup...
kerana kita tak selamanya hidup...
jangan lupakan "SAHAM" mu "DISANA"...
Benar hidup bukan pilihan...
Benar hidup kita telah ditentukan...
namun
adakah itu bermakna kita hanya perlu duduk???
tanpa perlu berusaha segala tiba dalam genggaman???
bukan mustahil...
kerana pernah terjadi begitu ceritanya...
cuma...
akan hilang manisnya usaha...
akan kurang juga manisnya berjaya...

-p/s: mcm ada sth yang kurang cume buat masa ni idea tandus nak lengkapkan puisi ni....
-khairi-

Rabu, 10 November 2010

agaknye ni la yang aku rasa sekarang..

Nampaknya hari ni karakter Peanuts ni kene plak dengan situasi aku...cume xdele aku berhajat nak lunch ngan mane2 red-haired girl...Since aku kat Malaysia, kalau ada red-haired girl tuh mesti rambut berkarat... hahahahaha.... yg first part tu mmg sgt2 kene ngan aku... Sebab, mmg aku selalu wat pape pn sorg...bukan setakat lunch, breakfast & dinner pn mcm tu...jgn tanya kenapa, maybe sebab aku suke situasi mcm tu kot...  Aku boleh buat ape aku nak, makan ape aku suke.... Paling penting ekpress... Xbest sgt2 kalau kene menunggu sejam untuk dapatkan order... Pastu pasal aku selambe je bab2 makan ni asal harga reasonable...kalau mahal mmg sory la... Sebagai lelaki bujang, aku kene saving utk masa depan, so kirenye tight budget la....hahahaha... Kalau aku boros, mmg da lame aku sebat CBR...da lama berhajat ni... dan hari2 gak aku ikut member aku makan bersama rakan2..tapi sebab nak elak kene gelak aku makan simple sgt, so sorg2 la jawapnye.... Mane tahan hari2 kene gelak... so kirenye prevention measure taken seriously la tu....hahahahaha...

Papepn, aku mmg pengikut katun kat atas tuh... Sebabnye??? sebab situasi sengal yg membawa keceriaan dan kadangkala tepat kat batang idong sendirik.....hahahaha... satu lagi katun yg best dilayan sebab hari2 update adalah Big Nate.

Hari yg indah...

Di awal pagi lagi aku dah terima berita gembira mengenai kawan2 ku...Well, tahniah geng... Ada yang baru lepas bertunang, ada yang bakal bertunang, ada yang bakal berkahwin, ada yang bakal bertambah ahli keluarga, tak kurang jugak yang baru dapat offer interview kerje... Dan aku???? Aku masih disini... Masih dalam proses mencari haluan, mencari arah tuju, mencari destinasi...

Anyway, congratz my friends...


-khairi-

Selasa, 9 November 2010

Mencari Sinar


Sedang diri mencari sinar
Ku temui ramai dalam pencarian
Mencari hala tuju dan haluan
Membantu dalam dibantu
Memimpin dalam dipimpin
Mengajar dalam diajar
Berkongsi segala yang mampu dikongsi
Kerana fitrah insan begini
Tak pernah rela bersendiri
Selalu ingin ada insan lain disisi
Berteman dengan yang sudi
Menjalin ukhuwah di perjalanan
Moga dengan sedikit huluran yang diberi
Mampu memberikan seuntai senyuman
Menghadirkan secebis keceriaan
Mencipta memori indah berteman
Walau mungkin sejenak cuma
Cukup untuk menyubur hati yang sayu
Mengubat luka dan sendu
Akibat dugaan yang datang bertalu
Dalam samar suram cahaya
Menempuhi halangan dan ranjau yang tercipta
Dalam sebuah perjalanan yang sementara
Mengumpul bekalan menuju tujuanku...
Yang kuharap hanya redha
Agar tak tersia tindakan ku
Moga tak terpesong haluanku
Kekal dan tetap mencari YANG SATU
Kerana DIA tempat mengadu
Kerana DIA tujuan abadi ku....

Satu Permulaan...

Sebagaimana fitrah, setiap sesuatu tu ada permulaannya, maka ni adalah satu permulaan aku berblog. And, since this is my first entry, I don't think i have much to say..maybe i can re-post the things I have published using fb previously...if there are any suggestions, please feel free to respond...Mungkin apa yang aku tulis tak menepati apa yang korang rasa, but as stated kt name blog tuh "my life, perspectives and thoughts"...so it's mine and not yours...

salam...
-khairi-