Khamis, 11 November 2010

HIDUP....

Hidup penuh pilihan...
Hidup penuh kejutan...
Hidup penuh ketidaktentuan...
Hidup penuh perumpamaan..
Hidup ini ada turun naiknya...
maka jangan sekali putus asa selagi hidup...
walau jatuh tersungkur...
hatta tersembam dan tergolek dilanda ujian...
kerana itu petanda kita hidup...
andai diberi kekayaan atau kejayaan...
baru kita terasa patut bersyukur...
malah lebih malang ramai yang terus lupa pada DIA...
sedang...
walau kita di uji...
kita masih diberi satu nikmat besar iaitu HIDUP...
masih ada mampu kita lakukan selagi hidup...
masih ada daya usaha yang mampu dilaksana...
pilihan itu masih ada...
kemampuan itu masih diberi...
tapi beringatlah semasa hidup...
kerana kita tak selamanya hidup...
jangan lupakan "SAHAM" mu "DISANA"...
Benar hidup bukan pilihan...
Benar hidup kita telah ditentukan...
namun
adakah itu bermakna kita hanya perlu duduk???
tanpa perlu berusaha segala tiba dalam genggaman???
bukan mustahil...
kerana pernah terjadi begitu ceritanya...
cuma...
akan hilang manisnya usaha...
akan kurang juga manisnya berjaya...

-p/s: mcm ada sth yang kurang cume buat masa ni idea tandus nak lengkapkan puisi ni....
-khairi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan