Jumaat, 12 November 2010

Pagi gerimis...

Hari ni aku terkena dek degil tak nak dengar kata hati.... Tadi time nak kuar g opis, tengok kat luar mendung semacam, hati suruh pakai raincoat tapi aku kate xsampai seploh minit kalau merempit so ape la sgt... Lgpn x gerimis pn lagi time aku kuar tuh... so bajetnye sempat la sampai opis... sekali, ada la lagi 4-5 km mcm tuh nak sampai opis, hujan turun dengan agak lebat...dalam hati aku berkata "padan muke degil sgt"....hadeh, separa kuyup la gak nak menyampaikan opis tuh...hari2 camni la aku rasa untungnye bawak kete... tapi bile cuaca nyaman plak, rasa bestnye bawak moto...
 ni gambar kat parking lot depan opis aku..igt nak capture sebijik2 ujan yg turun, tapi sebab pakai kamera low-end so ni je la yang termampu...tapi seyes, bie tgk gambar ni x nakpak cam hujan plak...hehehehe
"Xpe2, tabahkan hatimu wahai khairi..."
"sabar dan tabahlah.."
"semua ni hanya ujian dari DIA..." 
"Kurangkan mengeluh, kurangkan merungut...." 
"banyak merungut nanti hati tak ikhlas..."
"bile hati x ikhlas sifat2 mazmumah lain cepat je menguasai diri"
bermonolog memujuk hati.... Lalu hari ini bakal diteruskan seperti biasa... Cuma pagi ni akan di penuhi dengan aktiviti yang merapu, belah petang (selepas solat jumaat akan ada mesyuarat jabatan)... dan lepas mesyurat, motor abang ipar ku itu akan ku rempit untuk kembali ke Sungai Besar, Selangor kerana waktu aku berdating dengan kebun bakal menyusul esok...

"wahai kebun, kau nantikanlah kehadiranku menabur bukti di tanahmu, membantu menghijaukan lagi alam ciptaan DIA... disamping mencari setitis nikmat dapat bersantai bersama ibu tercinta yang setia meneman anaknya ini di kebun..." 

ni gambar awal2 berkebun dulu...time pokok2 baru ditanam...
Disamping hiruk-pikuk kehidupan yang kulalui sehari-hari, ku temui damai andai dapat ku bersendiri melaksanakan kerjaku di kebun... Jauh dari suara-suara manusia... Yang kudengar hanya suara alam... melihat ikan putu dan haruan yang ku biarkan berenang-renang di sepanjang parit yang sememang digali buat mereka...begitu besar nikmat anugerahNYA... Walau ilmu bertani bukanlah ilmu yang ku tuntut di menara gading selama hampir tujuh tahun ni, tapi aku amat meminati bidang ini... mungkin sekarang ada la kaitan skit sebab aku belajar di UPM dan berkerja di satu kolej yang fokus kepada bidang perladangan dan pertanian ni...tapi still xde kene mengena dengan apa yang aku buat dipejabat...hahaha

Dikala para ini ditype, nampaknya hujan makin lebat... Maka hajat hati nak breakfast pn terkandas, hanyut dibawa hujan pagi...Xpe2, jap lagi terus g brunch jek..jimat skit... Celah mane nak save kalau nak makan 3 kali sehari... So bajet kene kontrol, 2 kali jek makan sehari... Kalau bleh makan roti termasuk dalam 2 kali makan tu... So sekali sehari jek makan berat... Ni pasal nak kontrol kg yang mencanak-canak naik sejak abes degree....hahahaha

-p/s: cukuplah dulu merapu pepagi ni sebab ada tugasan lain plak...kalau berkesempatan sebelum rehat solat jumaat akan diupdate ape yang patut...hehehe
~khairi~

3 ulasan:

  1. Ini ke kebunnya?hmm...letak la gambar banyak-banyak.sekarang mesti dah besar-besar pokoknya kan??harap satu hari nanti dapat tengok dengan mata kepala sendiri (^_^)

    BalasPadam
  2. harap maklum, laluan angin kat kolej ngan alor gajah adalah x sama. kalau agak2 kolej panas jangan terkejut kalau sampai alor gajah, ujan lebat

    BalasPadam
  3. hahahaha..mcm tu ke???thanx 4 da info....

    BalasPadam