Isnin, 21 Mac 2011

memori semalam di kampus selatan...

hari ini kembali meneruskan perjalanan kehidupan...
rutin harian yang kelihatan semakin membosankan...
Dengan hati masih merindui kampus selatan...
dengan segala macam untaian kenangan berteman.....
tak lupa memori indah berkasih-kasihan....
segalanya masih segar subur dalam ingatan.....
juga terima kasih buat seorang teman....
en tapau kerana merelakan biliknya menjadi penginapan....
cuma takziah kerana terganggu perniagaan....
akibat monyet2 yang tak berperasaan....
juga buat sarep & serap yang sudi menemankan.....
andai diberi waktu dan kesempatan....
bertemu kita dilain setting dan keadaan....
terima kasih yang teramat diucapkan....
buat kekasih hati yang setia tanpa alasan....
sunguh masa yang menghampiri menambah debaran...
dengan keadaan diri yang masih tak ketentuan...
masih kabur hala dan tujuan....
namun, kau masih setia dan yakin...
sungguh tiada apa yang mampu kulakukan...
sungguh besar pengorbanan dan kesetiaan yang kau hamburkan...
tak lupa buat adiknya yang tak pernah jemu meneman....
terima kasih atas segalanya....

Universiti Teknologi Malaysia...sumber, disini

Khamis, 10 Mac 2011

Cinta Sebuah Amanah

bait-bait cinta yang ku ucapkan
bukan sekadar mainan kata
atau berniat untuk melukakan jiwa
tapi sebuah janji untuk setia
menggenggam cinta dengan segala daya
melafazkan kesedian memikul amanah kasih
kerana dirimu nanti
bakal menjadi tanggunganku
diserahkan engkau oleh walimu
untuk aku kasihi dengan sepenuh hati
menjunjung kasih fitrah insani
bagaimana mungkin untuk ku bimbing dirimu
sedang aku penuh kekhilafan sendiri
menggunung tinggi kekuranganku
semoga hadiri dirimu
mampu menguat semangat
mampu menutup ruang yang kian lama tandus
menjadi sumber inspirasi
meneruskan perjuangan yang masih berbaki
menyubur tekad
mengahadapi ujian yang takkan pernah putus
moga dengan rahmat kasih Ilahi
ikatan cinta yang bersemi
mampu dinakhodai dengan ketabahan
dan kecekalan hati
kerana hidup takkan putus dari ujian
tak mampu kujanjkan bahagia berpanjangan
yang mampu hanyalah
berusaha menjaga amanah yang telah diberi
dengan sebaik dayaku.....
Sumber: disini


Rabu, 2 Mac 2011

Semakin tinggi belajar...

Sedarkah kita bahawa semakin lama kita menuntut ilmu, seharusnya menyedarkan kita bahawa semakin banyak perkara yang sebenarnya kita tak ketahui??? Sebagai contoh, aku sendiri masih bergelar seorang pelajar.... Satu ketika dahulu aku menganggap bahawa pengajian bahasa bukan sesusah mana.... Namun, hari berganti hari, tahun berganti tahun, masih terdapat banyak lagi ilmu berkaitan pengajian bahasa yang sebenarnya tak aku kuasai..... Malah masih terdapat lagi teori-teori atau asas-asas dalam pengajian bahasa itu sendiri yang tak dapat aku fahami, malah langsung tak pernah ku dengari....

Semakin kita cuba mendalami suatu ilmu, maka semakin terdedahlah kita kepada salah tanggapan kita tadi... Iaitu, semakin lama, kita akan dapat melihat masih terlalu banyak untuk kita selami.... Teori pembelajaran bahasa kedua berjaya menarik minatku.... Namun adakah itu bermaksud aku semakin memahaminya??? Corak dan trend pembelajaran sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa... Andai satu keika dahulu, kita belajar melalui guru, namun kini anak-anak kita terdedah dengan pelbagai sumber yang boleh menjadi sumber ilmu.... Malah terdapat lambakan sumber yang boleh menjadi pilihan....

Sedang kini, aku semakin kehilangan minat meneruskan pengajian.... Aku memerlukan semangat serta dorongan untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu..... Dan perjuangan yang paling utama ialah perjuangan dengan gelodak nafsu sendiri yang mendorong aku ke arah yang negatif...... Semoga mampu aku tamatkan apa yang telah aku mulakan dengan jayanya...... Dan terima kasih buat pembaca kerana sudi singgah membaca tulisan merepek tanpa tujuan begini....
source: http://alsgoesgreen.files.wordpress.com/2010/02/j0439527.jpg

SALAM.....

Selasa, 1 Mac 2011

Keputusan telah dibuat..

Akhirnya, hari Jumaat minggu lepas bertarikh 25 Februari 2011, aku menyerahkan surah pemberitahuan untuk tidak menyambung kontrak sebagai pendidik di Melaka.....Ada terlalu banyak faktor penyebab, dan pendorong terbesar keputusan tersebut adalah kerana ingin kembali ke kampung halaman ku....Permintaan ibu, perlu cuba kita penuhi selagi permintaan tersebut tidak melanggar mana2 hukum yang telah ditetapkan Maha Pencipta....Kemalangan kecil yang menimpa ibunda tersayang menguatkan lagi tekad betapa perlunya aku untuk dekat dengan orang tuaku selagi masih dikurnia masa untuk bersama mereka.... Diketetapan waktu yang tiada siapa mampu membaca @ mengagak bila tiba akhir masanya, maka pilihan perlu dibuat selagi mempunyai peluang...... Kerana, pabila mereka tiada, hanya yang mampu dihulur tanda kasih sayang kita sebagai anak....

Keputusan ini nyata agak sukar memandangkan Jun adalah bulan besar dalam hidupku.... Status yang bakal berubah memberi tekanan tambahan, memandangkan buat masa ini aku belum miliki sebarang alternatif kerjaya yang bakal aku pilih..... Sehingga ada teman menyatakan bahawa aku gila kerana membuat keputusan tanpa ada sebarang alternatif.... Tapi aku yakin bahawa rezeki ketentuan yang Maha Pemberi Rezeki.....Akan ku usahakan sesuatu sebelum Mei.... Semoga berjaya aku perolehi sesuatu dalam kekangan masa yang mendesak ini.....

Aku amat mengharapkan agar bakal isteriku, mahupun keluarganya memahami bahawa tanggungjawab terhadap orang tuaku perlu digalas oleh seseorang... Dan aku merasakan ini adalah peluang terbaik bagiku untuk mencurah sayang dan belas ku pada kedua orang tuaku.... Buat bakal keluarga mertuaku, bukan niat dihati untuk melarikan @ membawa anak kalian jauh dari kalian, sekadar mengambil peluang yang masih diberikan untuk aku manafaatkan untuk demi berakti buat ibunda dan ayahanda ku tersayang.... Hujung minggu lepas adalah pertama kali aku mendengar ayahanda ku menyuarakan hasrat hati untuk berhenti merokok..... Kuharap ada sinar positif dari tekadnya itu....