Isnin, 6 Disember 2010

MAHA 2010...

Sebenarnya, MAHA 2010 boleh di kategorikan berjaya in term of banyaknya maklumat yang mampu "di bawa balik".... Mungkin disebabkan ada terdetik minat terhadap bidang agro, maka sehari sgt2 lah terhad malah tak mencukupi untuk melihat perkembangan 2 tahun dalam bidang pertanian ni... Selain melihat varieti2 baru samada tanaman atau teknologi2 baru yang diperkenalkan dalam bidang penternakan, banyak informasi2 berguna tentang cara penanaman dan penjagaan yang dapat di cedok dari kalangan mereka yang pakar... Dan agak mengejutkan, daun nenas dan bijik sagu pn skang ni dah dijadikan bekas makan...so agak2 kalau kebuluran, bukan setakat makanan dalam bekas tuh boleh dibalun, siap dengan bekas2 sekali boleh di sental...hehehehe

Keluasan kawasan pameran yang menampung banyak exhibitors dengan ribuan produk2 yang mmg susah nak carik selain di expo mcm MAHA ni mmg sangat2 menarik perhatian...Cuma kekurangan yang nyata dari segi kawan meletak kenderaan yang sangat2 terhad terutama sekali di waktu puncak seperti semalam (5/12/2010) yang mana merupakan hari penutup, habis jalan MARDI-UPM turut tersangkut tempias kereta parking sesuka hti shingga menyukarkan pergerakan kenderaan lain di sepnjang laluan... Mungkin pihak MAEPS perlu memikirkan kebarangkalian untuk membina tempat meletak kenderaan bertingkat untuk mengatasi masalah mcm ni...nampak kecik jek, tapi bayangkan kalau ada orang2 tua terpaksa parking sikit punya jauh kat luar tuh... Da la kalau nak ke tempat pameran terpaksa menapak plak kat atas bukit tuh...

So diharap sebelum menjelangnya MAHA yang berikutnya pada 2012, ada penambahbaikan dapat dilakukan... Walau apa pn, MAHA kali ni mmg best.... Xpuashati rasanya merayau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan