Rabu, 29 Disember 2010

Kursus Pra-Perkahwinan...2

source: http://whooz.files.wordpress.com/2009/12/p1040801.jpg

Ni sambungan kepada kisah aku menjengah Kursus Pra-Perkahwinan hujung minggu lepas...Sepanjang 2 dua hari kursus, makanan memang mantap... Mungkin perlukan meja so that participants mudah nak menulis, mencatat atau apa2 lagi isi kuliah ang disampaikan... Memang la isi utama ada dalam modul yang diberi, tapi ada banyak tip-tip dari ustaz2 dan ustazah yang selama ini dipandang ringan... Benar kebanyakan kita sekarang berkahwin sesudah bercinta malah adakalanya tempoh bercinta melangkaui tempoh 5 tahun, namun apakah tempoh bercinta yang lama mampu menjamin kebahagian sesebuah rumah tangga??? Ada sahabat yang bercinta selama 3 tahun, tapi selepas mendirikan rumah tangga selama 2 minggu sudah terasa bosan dengan pasangan... So, tips yang dikongsi bersama oleh uztaz2 dan ustazah tadi mampu memberi hint2 yang amat berguna... Tapi dalam kepayahan tu dapat la jugak aku menyalin beberapa isi2 penting yang kurasakan amat berguna...

Jujur aku mengaku, sebelum mengikuti kursus tersebut, aku memandang enteng kewajiban yang disyaratkan untuk melayakkan seseorang itu bernikah seperti yang terkandung dalam enakmen keluarga islam yang diguna pakai di Malaysia..Apa keperluan dan kepentingannya??kerana semakin hari semakin kerap aku melihat kes2 penceraian berlaku sedang zaman mak bapak kita kahwin dulu tiada kursus2 begini dianjurkan tapi perkahwinan mereka mampu berkekalan hingga ke hari ini... Namun setelah aku mengikuti sendiri, persepsiku berubah...benar apa yang disampaikan adalah comon sense dalam berpasangan atau berumah tangga, tetapi adakah selama ini kita peduli pada perkara yang kelihatan remeh temeh seperti itu???nyata sekali tidak...Tapi statistik menunjukkan bahawa sebab yang remeh temeh tadi lah yang menjurus kepada kehancuran institusi keluarga di samping sebab yang paling penting adalah semakin ramai yang lupa pada janji dan gagal mematuhi suruhan TUHAN YANG ESA.... Maka jika tiada kepatuhan kita dalam melunaskan tuntutan agama, bagaimana mungkin ALLAH mahu membantu kita menangani permasalahan yang melanda???

Sebenarnye banyak perkara remeh temeh yang selalu dipandang enteng dalam hubungan tapi mempunyai kesan yang sangat besar... Contohnya sang suami yang di luar sangat2 lah kacak bergaya tapi bile tiba di rumah bertukar menjadi selekeh... Berkain pelikat tanpa baju kemana-mana... Rambut yang andai di luar disisir rapi tapi bila di rumah serabai macam kucing mati bini dan berbagai lagi kerenah yang nampak macam takde bende, tapi boleh membuat pasangan makan hati... Masa bercinta kentut pun bau wangi tapi lepas kawen pakai wangi2 pn masih dikatanya busuk... So kursus pra-perkahwinan ini sebenarnya membantu dalam menyedarkan kita bahawa nilai perkahwinan yang hakiki letaknya pada ingin mendaulatkan syariat Allah dan tujuan perkahwinan adalah kerana ingin terus menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini... Disamping menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu ibadah dan mampu membantu ibadah-ibadah yang lainnya pula...

Bercerita kepada kejadian yang akan ku ingati sepanjang kursus pula ialah apabila seorang ustaz bertanya tentang perancangan kewangan untuk majlis perkahwinan... Ditanya pada seorang perempuan berapakah peruntukan yang diperlukan untuk majlis kenduri perkahwinannya, maka dinyatakan jumlah yang sangat menakutkan aku kerana tinggi nilaian yang diletakkan oleh perempuan tadi.
  • RM15k- Nilai wang hantaran
  • RM25k- nilai bayaran mak andam dan pelamin
  • RM2k- nilai bayaran photographer
  • RM20k- bayaran kenduri
  • etc....
Maka bayangkan betapa besar jumlah yang dinyatakan demi sebuah majlis kenduri walimah... Terasa betapa kecil belanjawan ku berbanding yang telah dinyatakan oleh si gadis tadi... Teman-teman yang lain sama seperti aku terasa ingin melihat siapakah gerangan lelaki yang menjadi pasangan si gadis tadi tapi malangnya gadis tadi seperti aku, datang bersendirian tanpa pasangan... Kami berminat mengenali si lelaki yang nyata mewah kalau berdasarkan jumlah belanja yang perlu ditanggungnya keatas gadis tadi menjadi ukuran dan bandingan... Selain itu, corak penyampain yang digunakan oleh penceramah-penceramah bertugas yang berkongsi pengalaman dan ilmu turut membuatkan masa yang lama terasa pantas berlalu...

Akhir kalam, ilmu rumah tangga tak mampu dimiliki dengan menghadiri kursus selama dua hari sahaja kerana masih terlalu banyak yang akan ditempuh bersama pasangan dalam tempoh berumah tangga... Setiap permasalahan yang timbul akan memerlukan pendekatan dan penyelesaian yang berbeza bergantung kepada banyak faktor, maka komunikasi berkesan sesama pasangan amatlah penting selain merendahkan diri dan mengakui bahawa masih banyak kekurangan yang ada dalam diri masing-masing... Jangan terlalu sibuk menegakkan ego masing-masing kerana taraf kita hanya hamba pada DIA...

Salam perkongsian ilmu...
-khairinordin-

5 ulasan:

  1. hmm...pengisian kali ni terase lebih padat dan berilmiah..terasa bebanan yang bakal ditanggung. berdebar rasenye memikirkan mampukah diri menggalas bebanan setinggi gunung...siapakah gerangan wanita yg dinyatakan di atas?doktor?peguam?jurutera?siapa pula gerangan bakal suaminya?hmm...bermain-main di fikiran...

    BalasPadam
  2. terfikir mungkin pasangannya pengurus mane-mana syarikat @ bank mungkin?

    BalasPadam
  3. siapa pasangannye ntah le...yang pasti, memang mengerikan dengar angka yang disebut...buat bakal isteriku, andai itu jumlah yang diminta, maka kene bagi lagi 3 tahun la kot..tu pn ntah mampu ntah tak nanti.....

    BalasPadam
  4. bakal isterimu pasti berkata "3 tahun?takkan mampu nk kumpul sebanyak itu".kih3...sori...

    BalasPadam
  5. tu kebarangkalian yg besar...hahaha

    BalasPadam